Pengaruh budaya pembelajaran organisasi, kepuasan kerja dan komitmen organisasi terhadap kualiti perkhidmatan dalaman di kalangan staf organisasi Majlis Sukan Negeri-Negeri di Malaysia

Ching, Phylicia Phoa Siew (2020) Pengaruh budaya pembelajaran organisasi, kepuasan kerja dan komitmen organisasi terhadap kualiti perkhidmatan dalaman di kalangan staf organisasi Majlis Sukan Negeri-Negeri di Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (248kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh budaya pembelajaran organisasi, kepuasan kerja, dan komitmen organisasi terhadap kualiti perkhidmatan dalaman staf Majlis Sukan Negeri di Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian ini telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak dua peringkat yang terdiri daripada 155 orang staf Majlis Sukan Negeri di Malaysia. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik kualiti perkhidmatan dalaman (r=.77), soal selidik kajian budaya pembelajaran (r=.72), soal selidik kajian kepuasan kerja (r=.86) dan soal selidik kajian komitmen organisasi (r=.70). Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20. Data kajian dianalisis secara deskriptif yang melibatkan min, sisihan piawai dan peratus. Manakala ujian infrensi pula menggunakan ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi berganda bagi menguji 14 hipotesis nol pada aras signifikan p<0.05. Tahap budaya pembelajaran organisasi, tahap kepuasan kerja, tahap komitmen organisasi dan tahap kualiti perkhidmatan dalaman adalah pada tahap tinggi. Keputusan ujian-t menunjukan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pemboleh ubah kualiti perkhidmatan dalaman (p=.23, p>.05), budaya pembelajaran organisasi (p=.71, p>.05), kepuasan kerja (p=.90, p>.05), dan komitmen organisasi (p=.95, p>.05) berdasarkan jantina. Ujian ANOVA sehala berdasarkan tahun pengalaman bekerja juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>.05) bagi kepuasan kerja (F=2.03, p=.11), komitmen organisasi (F=0.04, p=.99), dan kualiti perkhidmatan dalaman (F=2.38, p=.07), kecuali bagi pemboleh ubah budaya pembelajaran organisasi (F=3.67, p=0.01). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara budaya pembelajaran (r=.86, p<.05) dan kepuasan kerja (r=.82, p<.05) dan komitmen organisasi (r=.49, p<.05) dengan kualiti perkhidmatan dalaman. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa faktor budaya pembelajaran organisasi, kepuasan kerja dan komitmen organisasi mampu mempengaruhi kualiti perkhidmatan dalaman. Faktor budaya pembelajaran organisasi menyumbang 73.8% (r=.86) perubahan varians dalam kualiti perkhidmatan dalaman. Gabungan budaya pembelajaran organisasi dengan kepuasan kerja pula menyumbang sebanyak 80.3% (r=.90) perubahan varians dalam kualiti perkhidmatan dalaman. Manakala gabungan antara tiga pemboleh ubah bebas pula menyumbang sebanyak 82.3% (r=.91). Rumusan kajian menunjukkan bahawa budaya pembelajaran organisasi adalah faktor utama bagi kualiti perkhidmatan dalaman selain diperkuatkan lagi oleh faktor kepuasan kerja dan faktor komitmen organisasi. Kajian lepas mendapati bahawa kualiti perkhidmatan dalaman ini juga merupakan pemacu penting kepada kepuasan kerja dan komitmen dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, adalah dicadangkan agar faktor-faktor lain yang menjadi pemacu kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dikaji dengan lebih lanjut.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Budaya Pembelajaran, Kepuasan kerja, Kualiti perkhidmatan, Staf, Majlis Sukan Negeri di Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2024 11:57
Last Modified: 10 Oct 2024 11:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40724

Actions (login required)

View Item View Item