Aplikasi geospatial dan model analytical hierarchy process dalam menganalisis kerentanan di Jalan Tambunan-Ranau, Sabah, Malaysia

Woon, Zhan Wen (2020) Aplikasi geospatial dan model analytical hierarchy process dalam menganalisis kerentanan di Jalan Tambunan-Ranau, Sabah, Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (879kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Tanah runtuh adalah pergerakan jisim batuan, tanah atau debris yang menuruni cerun di bawah pengaruh graviti. Fenomena ini berlaku di kawasan cerun dengan turun atau jatuh secara tiba-tiba. Kajian ini telah dijalankan di kawasan sekitar Jalan Tambunan-Ranau dengan memfokus kepada (5) lima parameter iaitu geologi, kecerunan, ketinggian, taburan hujan dan jenis guna tanah yang berdasarkan objektif iaitu memetakan dn mengkelaskan kejadian tanah runtuh mengikut zon dan mengenalpasti potensi tanah runtuh yang berdasarkan faktor fizikal dan faktor manusia yang berada di kajian kes tersebut. Untuk menganalisis kawasan potensi berlaku tanah runtuh, kajian ini telah menggunakan dan kaedah Model Analytical Hierarchy Process bagi memetakan kawasan potensi berlaku tanah runtuh dalam bentuk raster. Teknik pengumpulan data berdasarkan model AHP telah diintegrasikan ke dalam bentuk statistik untuk diproses dan menghasilkan nilai ranking. Data Model AHP adalah valid, di mana nilai Consistancy Ratio adalah 0.06 dan nilai ranking telah dimasukkan ke dalam perisian ArcGIS untuk diproses semula. Selepas pemprosesan data untuk setiap lapisan data parameter, dengan menggunakan kaedah Weighted Sum dalam perisian ArcGIS akan menggabungkan setiap lapisan data parameter dan menghasilkan kawasan potensi berlaku tanah runtuh mengikut pembahagian zon. Dalam hasil peta kerentanan tanah runtuh telah mendapati bahawa sebanyak 14.78% adalah kawasan yang paling berpotensi, iaitu 4.533 km2 adalah kawasan kerentanan. Kawasan kerentanan tanah runtuh telah bertumpu di kawasan Zon 2 (kawasan 10 km hingga 20 km), Zon 4 (kawasan 30 km hingga 40 km) dan Zon 5 (kawasan 40 km hingga 50 km). Melalui Model AUC telah digunakan untuk mengesahkan hasilnya, jadi keluk kadar kejayaan dibuat dengan bantuan kerentanan tanah runtuh dan peratusan kumulatif kejadian tanah runtuh yang menunjukkan tahap ketepatan adalah 76.12%. Dapatan kajian hasil daripada peta terbitan (georeferenced) mampu dijadikan sumber rujukan baharu kepada pelbagai agensi dan jabatan terutamanya jabatan kerajaan dan tempatan sebagai sumber rujukan serta dalam kajian lanjutan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kerentanan tanah runtuh, Analytical Hierarchy Process, GIS, Consistancy Ratio, Jalan Tambunan-Ranau
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G70-70.6 Philosophy. Relation to other topics. Methodology
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2024 11:57
Last Modified: 10 Oct 2024 11:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40725

Actions (login required)

View Item View Item