Pengaruh domain kognitif terhadap pencapaian ungkapan algebra dalam kalangan pelajar tingkatan dua di Tawau, Sabah

Sarimah Baco (2023) Pengaruh domain kognitif terhadap pencapaian ungkapan algebra dalam kalangan pelajar tingkatan dua di Tawau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (434kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kurikulum Matematik telah lama memberi perhatian kepada bidang Algebra yang lazimnya diperkukuhkan melalui penekanan kemahiran kognitif. Algebra dikenalpasti sebagai topik yang sukar dan sering dikaitkan dengan keupayaan kognitif kerana konsepnya yang bersifat abstrak. Isu ini masih berterusan sehingga ke hari ini dan memberi kesan kepada pencapaian pelajar dalam topik Ungkapan Algebra dan Matematik khasnya. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap domain kognitif berdasarkan penilaian kendiri pelajar dan tahap pencapaian Ungkapan Algebra. Kajian ini juga bertujuan menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Ungkapan Algebra berdasarkan lokasi sekolah dan jantina serta menentukan hubungan antara domain kognitif berdasarkan penilaian kendiri dengan pencapaian Ungkapan Algebra. Matlamat akhir kajian ini adalah menentukan sama ada subkonstruk domain kognitif (pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) meramalkan pencapaian Ungkapan Algebra pelajar. Kajian ini adalah kajian bukan eksperimen yang mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan melibatkan seramai 386 orang pelajar tingkatan dua di tujuh buah sekolah menengah di Tawau, Sabah. Sampel telah dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Instrumen soal selidik dengan tiga subkonstruk iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dibina untuk mengukur tahap domain kognitif pelajar dan ujian digunakan untuk mengukur tahap pencapaian Ungkapan Algebra pelajar. Dapatan kajian menunjukkan penilaian pelajar terhadap domain kognitif mereka dan pencapaian Ungkapan Algebra mereka adalah pada tahap sederhana. Analisis statistik menunjukkan tidak terdapat perbezaan pencapaian Ungkapan Algebra antara pelajar lelaki dan perempuan. Namun, terdapat perbezaan pencapaian Ungkapan Algebra antara sekolah bandar dan luar bandar. Koefisien korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan signifikan yang positif dan kuat antara domain kognitif berdasarkan penilaian kendiri pelajar dengan pencapaian Ungkapan Algebra mereka. Dapatan kajian juga mendapati subkonstruk kefahaman dan aplikasi merupakan peramal kepada pencapaian Ungkapan Algebra pelajar. Implikasi kajian ini boleh menjadi panduan kepada guru-guru Matematik dan kepada pihak yang terlibat dalam pembangunan dan pelaksanaan kurikulum Matematik dengan mengambil kira aspek kognitif dalam pembelajaran Ungkapan Algebra.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kurikulum matematik, Algebra, Kemahiran kognitif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 Sep 2024 12:30
Last Modified: 02 Sep 2024 12:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40759

Actions (login required)

View Item View Item