Liminaliti pelancong di Pulau Mantanani dan pantai Rampayan Laut, Kota Belud, Sabah

Farzanna Yashera Abdulla (2023) Liminaliti pelancong di Pulau Mantanani dan pantai Rampayan Laut, Kota Belud, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (498kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Aspek liminaliti pelancong diteliti menerusi jangkaan dan realiti sebenar yang dialami pelancong di destinasi pelancongan. Kajian ini penting dalam membangunkan sektor pelancongan negara. Tambahan pula, penggunaan konsep liminaliti dalam pelancongan masih baharu dan terhad di Malaysia. Oleh itu, kajian yang dilakukan akan meneliti empat aspek utama iaitu jangkaan pelancong, realiti sebenar yang dialami pelancong, hubung kait pengalaman pelancong dengan profil terpilih pelancong dan langkah serta strategi memperkasakan aspek liminaliti. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah tinjauan dengan mengaplikasikan kaedah campuran iaitu menggabungkan data kuantitatif dan kualitatif. Responden kajian ini terdiri daripada 320 responden iaitu 160 responden dari Pulau Mantanani dan 160 responden dari Pantai Rampayan Laut. Seramai lapan orang informan telah dipilih dalam kajian ini yang terdiri daripada empat orang pengusaha pelancong dan empat orang pelancong. Seterusnya, teknik pengumpulan data yang digunakan adalah soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Data kuantitatif akan dianalisis dengan mengunakan perisian SPSS iaitu menggunakan analisis deskriptif (frekuensi, peratus dan min) dan analisis inferensi (Ujian-T dan ANOVA) manakala data kualitatif akan dianalisis secara verbatim. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jangkaan pelancong terhadap aspek liminaliti ialah ‘memperolehi keseronokan daripada aktiviti pelancongan’ (Pulau Mantanani) yang boleh diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan iaitu seperti snorkelling dan scuba diving serta pernyataan ‘menikmati keindahan alam semula jadi’ (Pantai Rampayan Laut) yang diperolehi menerusi keindahan matahari terbit dan terbenam dan pasir putih yang halus . Selain itu, jangkaan pelancong terhadap aspek liminaliti dari segi mental danan sebagainya emosi serta sosial yang utama adalah ‘memperolehi ketenangan’ serta ‘komunikasi antara pelancong berlaku dengan kasual’ di kedua-dua destinasi pantai. Seterusnya, seramai 78 responden (48.8%) bersetuju dan 48 responden (30.0%) sangat bersetuju bahawa realiti yang dialami pelancong terhadap aspek liminaliti di Pulau Mantanani adalah selaras dengan jangkaan mereka manakala seramai 83 responden (51.9%) bersetuju dan 18 responden (11.3%) sangat bersetuju terhadap pernyataan ini di Pantai Rampayan Laut. Dapatan kajian akan menyumbang kepada disiplin geografi pelancongan, pembuat dasar dan pihak pemegang taruh dalam merangka strategi dan dasar berkenaan liminaliti dalam pelancongan dalam memastikan pelancong memperolehi pengalaman yang bermakna dan menyeluruh.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pelancongan, Pengalaman, Destinasi pantai, Liminaliti
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 Sep 2024 15:34
Last Modified: 02 Sep 2024 15:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40766

Actions (login required)

View Item View Item