Identifikasi dan kedudukan masyarakat Melayu Brunei di Sabah, 1891-2020

Maizatul Izzah Rosley (2023) Identifikasi dan kedudukan masyarakat Melayu Brunei di Sabah, 1891-2020. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini adalah mengenai identiti dan kedudukan masyarakat Melayu Brunei di Sabah yang diletakkan di bawah kategori bumiputera lain dalam penerbitan laporan banci. Penulisan ini menerangkan sejarah kedatangan masyarakat Melayu Brunei yang berhijrah ke Borneo Utara sejak penaklukan Kesultanan Brunei dan penghijrahan tersebut berlanjutan sehingga kedatangan kuasa asing iaitu British ke Borneo Utara dengan penjenamaan semula nama Borneo kepada Sabah. Kajian ini banyak merujuk sumber di Arkib Negeri Sabah kemudian menggunakan kajian perpustakaan. Menerusi kajian ini juga, pengkaji menjalankan kaedah lisan untuk menemubual beberapa informen. Identifikasi masyarakat Melayu Brunei di Sabah adalah berbeza dengan masyarakat Melayu Brunei di Brunei Darussalam. Masyarakat Melayu Brunei telah mengalami proses asimilasi yang berpanjangan dengan peribumi lain. Namun terdapat pihak yang menganggap masyarakat ini adalah imigran antarabangsa sehingga layak untuk dikategorikan di bawah bumiputera lain. Sepanjang penjajahan British North Borneo Chatered Company (BNBC), istilah Melayu Brunei masih lagi berdiri sendiri dan tercatat dalam rekod banci mengikut kumpulan etnik setaraf dengan kaum tempatan yang lain seperti Bajau, Kadazan, Dusun dan Murut yang terdapat di Sabah. Namun, selepas berlakunya peralihan kuasa kepada kerajaan Malaysia, kaum-kaum di Sabah telah diselaraskan semula dan Melayu Brunei dimasukkan di bawah bumiputera lain seperti yang dinyatakan dalam rekod banci tahun 1961 hingga tahun 2020. Perubahan ini telah menjadi isu dan kekeliruan kepada masyarakat Melayu Brunei. Oleh hal demikian, segala perubahan kedudukan kaum Melayu Brunei dalam laporan banci boleh dilihat dan begitu juga dengan reaksi daripada masyarakat tempatan berkaitan isu Melayu Brunei sebagai bumiputera lain di Sabah akan dibincangkan dalam penulisan ini. Faktor utama yang menjadi punca Melayu Brunei diistilahkan sebagai bumiputera lain pastinya dijelaskan dalam kajian ini agar permasalahan kajian dapat diselesaikan. Akhir sekali, kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan bagi kajian masa hadapan khususnya mereka yang menjalankan penyelidikan berkaitan kaum Melayu Brunei di Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Melayu Brunei, Identifkasi, Kedudukan, Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Sep 2024 10:46
Last Modified: 05 Sep 2024 10:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40852

Actions (login required)

View Item View Item