Pengaruh penglibatan pelajar tahun akhir di Sabah dalam program upskilling dan kebimbangan kerjaya terhadap kesediaan bekerja dalam tempoh pkp: Ketahanan kendiri sebagai penyederhana

Mohd Faqhrullah Khamis (2023) Pengaruh penglibatan pelajar tahun akhir di Sabah dalam program upskilling dan kebimbangan kerjaya terhadap kesediaan bekerja dalam tempoh pkp: Ketahanan kendiri sebagai penyederhana. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (215kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada sektor ekonomi dan ramai pekerja yang telah hilang pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan kerisauan dan kebimbangan kepada semua pihak terutamanya pelajar tahun akhir di Institusi Pengajian Tinggi yang akan berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan selepas bergraduasi. Dalam mendepani cabaran ini, Pelajar tahun akhir hendaklah lebih bersedia dengan melibatkan diri dalam program upskilling bagi meningkatkan penguasaan kemahiran insaniah yang amat diperlukan dalam dunia pekerjaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh penglibatan pelajar dalam program upskilling terhadap kesediaan bekerja dan juga pengaruh kebimbangan masa hadapan terhadap kesediaan bekerja. Selain itu, mengenal pasti peranan ketahanan kendiri sebagai penyederhana antara penglibatan pelajar dalam program upskilling dengan kesediaan bekerja dan juga penyederhana antara kebimbangan kerjaya masa hadapan dengan kesediaan bekerja. Tujuan lain, mengkaji perbezaan ketahanan kendiri antara pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Sabah. Penyelidikan kuantitatif secara tinjauan dilaksanakan dengan mengedarkan soal selidik kajian kepada 345 orang responden berdasarkan persampelan rawak mudah di 10 buah IPT di Sabah. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 28 bagi menganalisis data deskriptif (demografi responden) dan inferensi (regresi mudah, regresi berganda dan ujian T) berdasarkan lima hipotesis yang dikemukakan. Kajian menunjukkan bahawa terdapat pengaruh positif penglibatan program upskilling terhadap kesediaan bekerja (β=.75, t(343)=8.62, k=.001); manakala kebimbangan kerjaya masa hadapan memberi pengaruh positif terhadap kesediaan bekerja (β=.42, t(343)=8.62, k=.001). Dari segi ketahanan kendiri, ia tidak memainkan peranan sebagai penyederhana dalam hubungan antara penglibatan pelajar dalam program upskilling dengan kesediaan bekerja; ketahanan kendiri juga tidak memainkan peranan sebagai penyederhana dalam hubungan antara kebimbangan kerjaya masa hadapan dengan kesediaan bekerja. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan antara pelajar IPTA dan IPTS dari segi ketahanan kendiri. Saranan kajian, skop kajian boleh diperluaskan dengan memilih pelajar daripada Sabah sahaja untuk melihat trend bidang pekerjaan dan peluang pekerjaan di Sabah pada masa hadapan. Dari segi implikasi kajian, penglibatan pelajar tahun akhir dalam program upskilling dapat membantu meningkatkan kesediaan mereka bekerja. Dapatan ini dapat membantu pihak universiti dan pihak berwajib mengenalpasti faktor psikologikal yang mungkin memberikan pengaruh kepada kesediaan dan kebimbangan kerjaya dalam kalangan pelajar IPT khususnya di Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Program upskilling, Kebimbangan kerjaya, Kesediaan bekerja, Ketahanan kendiri, Pelajar tahun akhir IPT Sabah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 Sep 2024 11:41
Last Modified: 09 Sep 2024 11:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40885

Actions (login required)

View Item View Item