Isu-isu kenegerian semasa era pentadbiran kerajaan di Sabah 1967-2018

Alexzender Bin Ginli (2020) Isu-isu kenegerian semasa era pentadbiran kerajaan di Sabah 1967-2018. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (179kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Tesis ini merupakan kajian politik yang memberi fokus kepada isu kenegerian semasa era pentadbiran kerajaan di Sabah iaitu dari tahun 1967 hingga 2018. Perbincangan tesis merangkumi empat era pentadbiran United Sabah National Organisation dan Sabah Chinese Assosiation (USNO-SCA), Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA), Parti Bersatu Sabah (PBS), dan United Malays National Organisation (UMNO). Tiga objektif utama yang dikaji adalah isu kenegerian yang paling menonjol di setiap era pentadbiran. Seterusnya adalah faktor isu kenegerian yang melibatkan hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Ketiga adalah kesan terhadap pilihan pengundi, keputusan pilihan raya dan pembentukan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, proses pembentukan Malaysia yang melibatkan beberapa peringkat juga dijelaskan terutamanya berkenaan dengan hak dan keistimewaan Sabah dalam membentuk gagasan Malaysia. Bagi mendapatkan maklumat dan data kajian, beberapa pendekatan telah digunakan seperti kajian perpustakaan dan arkib bagi melihat dokumen-dokumen asal dan sumber-sumber yang berkaitan. Tesis ini mendapati isu kenegerian yang paling menonjol di setiap era pentadbiran adalah berkenaan dengan isu hak Sabah yang terkandung dalam Memorandum Perkara 20, Malaysia Agreement 1963 (MA63), dan Laporan Inter-Governmental Committee (Laporan IGC). Perkara yang ditonjolkan adalah berkenaan dengan agama, bahasa, imigresen, Borneonisasi, 40 peratus hasil cukai Sabah, dan kedudukan Sabah dalam Malaysia yang diwar-warkan sepanjang pentadbiran empat kerajaan yang dinyatakan. Secara umumnya, faktor yang menyebabkan isu ini berlaku disebabkan oleh wujudnya campurtangan Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Walaupun demikian tidak dinafikan juga kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang mencetuskan isu kenegerian. Isu kenegerian yang kemudiannya digunakan sebagai manifesto semasa pilihan raya membolehkan pilihan pengundi dapat dikenalpasti. Secara analisisnya, kajian ini membuktikan bahawa isu kenegerian secara konsisten digunakan di setiap era pentadbiran di Sabah yang bermula semasa USNO-SCA hingga pentadbiran UMNO dan memperlihatkan perkembangan keintelektualan serta kesedaran penduduk Sabah tentang hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Isu kenegerian, Pentadbiran kerajaan, Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Sep 2024 10:25
Last Modified: 10 Sep 2024 10:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40909

Actions (login required)

View Item View Item