Impak sosiobudaya projek udang kolam terhadap komuniti Kampung Sungai Eloi, Pitas, Sabah

Joyiemin Min (2020) Impak sosiobudaya projek udang kolam terhadap komuniti Kampung Sungai Eloi, Pitas, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

"Pembangunan" merupakan proses perubahan sosial menyeluruh yang boleh difahami dari perspektif makro dan mikro. Perspektif makro melihat pembangunan sebagai pembangunan yang digerakkan oleh pihak swasta, bermatlamatkan keuntungan. Perspektif mikro pula menanggapi pembangunan sebagai usaha kerajaan untuk membangunkan masyarakat, menerusi projek-projek sosio-ekonomi untuk membangun modal insan, khusus disasarkan kepada kumpulan sosial tertentu, terutama golongan miskin. Kajian ini mengenai pembangunan projek penternakan udang kolam Sunlight Inno Seafood Sdn Bhd, di Daerah Kecil Pitas, Sabah, yang juga merupakan pembangunan Kerajaan Sabah untuk membangun komuniti setempat. Setelah lima tahun beroperasi, bagaimanakah impak Projek Udang Kolam ini terhadap pembangunan komuniti setempat di Kampung Sungai Eloi? Inilah isu yang menjadi persoalan kajian ini. Bagi membahas persoalan tersebut, tiga objektif berikut telah dikaji secara khusus: pertama, membincangkan kepentingan sumber paya bakau kepada komuniti kajian; kedua, menganalisis impak projek udang kolam ke atas komuniti kajian; dan ketiga, membincangkan tindakbalas komuniti terhadap impak negatif projek udang kolam ini. Dari segi metodologi, kajian telah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kes untuk mendapatkan data empirikal. Ia memberikan tumpuan hanya kepada sebuah sahaja daripada beberapa komuniti yang berkepentingan terhadap kawasan paya bakau yang telah dibangun sebagai projek udang kolam iaitu komuniti di Kampung Sungai Eloi. Semua ketua rumah komuniti penelitian terlibat sebagai populasi kajian yang menggunakan kaedah pengutipan data iaitu temubual, perbincangan kumpulan berfokus, pemerhatian dan kajian perpustakaan. Kajian mendapati bahawa projek udang kolam Sunlight Inno Seafood Sdn Bhd, mempunyai impak yang ketara ke atas komuniti Kg. Sungai Eloi, yang dapat dianalisis dari segi impak positif dan negatif. Kewujudkan peluang pekerjaan, perniagaan dan juga kemasukan infrastrukur asas iaitu jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih dalam kawasan kajian, adalah impak positif projek pembangunan dari projek udang kolam. Secara langsung dan tidak langsung peluang-peluang ekonomi dan kemudahan asas ini telah meningkatkan taraf hidup komuniti penelitian. Impak negatif projek udang kolam ialah kepupusan sumber paya bakau akibat pemusnahan hutan bakau yang menjadi warisan sosio-budaya komuniti setempat seperti sumber makanan, kraftangan, bahan binaan, perubatan tradisional dan kawasan suci/berpenunggu. Oleh kerana penyertaan warga komuniti Kg. Sungai Eloi yang amat terbatas dalam peluang pekerjaan projek ini, maka mereka terus bergantung kepada sumber paya bakau yang semakin berkurangan. Akibatnya, komuniti bertindak menentang perluasan dan operasi projek tersebut, menggunakan strategi mempertahankan paya bakau yang masih ada. Dengan menubuhkan sebuah organisasi pengurusan paya bakau komuniti yang berfungsi melaksanakan aktiviti-aktiviti pengurusan paya bakau seperti penerusan pengunaan alatan tradisional dalam pengambilan sumber bakau, penerusan amalan kepercayaan tradisi dan pengazetan kawasan paya bakau sebagai kawasan tagal komuniti. Jesteru itu, kajian ini mendapati bahawa kegagalan projek udang kolam untuk meningkatkan taraf hidup komuniti peribumi setempat disebabkan pendekatan pembangunan makro-mikro, yang lebih berpihak kepada kepentingan syarikat.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pembangunan, Makro-mikro, Impak sosio-budaya, Komuniti penentangan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades > HD9000-9495 Agricultural industries
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Sep 2024 09:57
Last Modified: 13 Sep 2024 09:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40925

Actions (login required)

View Item View Item