Pembangunan dan kesan modul pengaturcaraan robotik ke atas penyelesaian masalah teknologikal dan kemahiran berfikir pelajar sekolah rendah

Anna Felicia Anak Diyi (2020) Pembangunan dan kesan modul pengaturcaraan robotik ke atas penyelesaian masalah teknologikal dan kemahiran berfikir pelajar sekolah rendah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (921kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (33MB)

Abstract

Matlamat utama modul pengaturcaraan robotik adalah untuk membantu murid membangunkan kemahiran penyelesaian masalah teknologi di samping mengutamakan kemahiran berfikir dalam kategori pemikiran kritikal;dengan aplikasi robotik dan pengaturcaraan seperti yang disarankan dalam pendidikan alaf ke-21. Pembangunan modul melalui model ADDIE,memuatkan aktiviti robotik dan pengaturcaraan grafik dengan latih-tubi kemahiran berfikir secara dampak,'visible thinking' dan pedagogi konstruktionisme serta pembangunan teknologi positif sebagai latihan berkumpulan dan individu, serta diperlengkapi dengan refleksi murid. Nilai pekali alpha untuk kebolehpercayaan modul (. 752) adalah memuaskan mengikut Jamaludin Ahmad (2005) dan Noor Miza (2015). Kajian dengan pendekatan kaedah campuran "sequential explanatory design" dipilih bersesuaian dengan kehendak kajian,untuk menguji keberkesanan program tersebut di kalangan pelajar kumpulan rawatan. Seramai 68 orang pelajar Tahun 6 terlibat dalam kajian ini, iaitu kumpulan eksperimen (n=34) ditadbir menggunakan modul manakala kumpulan kawalan (n=34) ditadbir secara konvensional.Ujian pra ditadbir sebelum intervensi dijalankan dan selepas 5 bulan intervensi selesai dilaksanakan, pengumpulan data melalui ujian pasca ditadbir bagi melihat keberkesanan program ini. Instrumen soal-selidik penyelesaian masalah teknologikal (PMT),rubrik pemerhatian SIP dan skor latih tubi individu modul dianalisis untuk melihat keberkesanan program. Analisis ANCOVA, memberi petunjuk bahawa penggunaan modul mampu memberi impak positif dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam penyelesaian masalah teknologikal kumpulan eksperimen (F(l,65)=8.66,p<.05), R-squared = 0.14) jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional. Analisis korelasi Pearson (r=.956) menunjukkan bahawa skor modul latih tubi individu pelajar, menunjukkan hubungan positif yang sangat kuat dengan skor gaya penyelesaian masalah teknologikal pelajar. Hasil analisis kualitatif didapati menyokong hasil dapatan analisis kuantitatif kajian.Kajian sedikit sebanyak memberi implikasi dari segi teori dan metodologi pendidikan serta kepada pembuat dasar, pembangun modul, kumpulan pelaksana serta para pelajar.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Modul pengaturcaraan robotik, Kemahiran penyelesaian masalah teknologi, Aplikasi robotik, Model ADDIE
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1-1570 Mechanical engineering and machinery > TJ210.2-211.47 Mechanical devices and figures. Automata. Ingenious mechanisms. Robots (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Sep 2024 10:00
Last Modified: 13 Sep 2024 10:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40979

Actions (login required)

View Item View Item