Pengaruh amalan pembelajaran masteri, sikap akademik dan lokus kawalan terhadap pencapaian pelajar di Sabah

Rabe Juhari (2021) Pengaruh amalan pembelajaran masteri, sikap akademik dan lokus kawalan terhadap pencapaian pelajar di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES..pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (19MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengaruh amalan pembelajaran masteri, sikap akademik dan lokus kawalan terhadap pencapaian pelajar sekolah di Sabah. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti perbezaan tahap amalan pembelajaran masteri, tahap sikap akademik, tahap lokus kawalan dan tahap pencapaian pelajar berdasarkan lokasi bandar dan luar bandar di 20 buah sekolah di Sabah. Kajian kuantitatif ini ialah adalah satu tinjauan deskriptif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel dalam kajian ini terdiri 355 pelajar tingkatan empat daripada sekolah-sekolah bandar dan luar bandar yang terletak dalam senarai 20 terendah dalam keputusan 5PM tahun 2017 di Sabah. Sampel diambil daripada 11 sekolah luar bandar dan 9 sekolah bandar. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan SPSS versi 23.0. Analisis deskriptif menggunakan ukuran min, peratus dan kekerapan untuk mengukur tahap amalan pembelajaran masteri, sikap akademik, lokus kawalan dan pencapaian pelajar. Analisis inferensi Ujian-t digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan amalan pembelajaran masteri, sikap akademik, lokus kawalan dan pencapaian pelajar berdasarkan lokasi bandar dan luar bandar. Ujian korelasi Pearson 'r' turut digunakan untuk menentukan kesignifikan dan kekuatan hubungan antara ciri-ciri amalan pembelajaran masteri, sikap akademik dan lokus kawalan terhadap pencapaian pelajar. Ujian regresi berganda pula digunakan untuk menentukan pengaruh tiga pemboleh ubah bebas iaitu amalan pembelajaran masteri, sikap akademik dan lokus kawalan secara simultan terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian pelajar. Berdasarkan analisis deskriptif, didapati tahap amalan pembelajaran, sikap akademik pelajar berada pada tahap tinggi iaitu masing-masing mempunyai min 3.891 dan 4.017. Manakala tahap lokus kawalan pula pada tahap sederhana iaitu mempunyai min 3.377, sementara pencapaian mempunyai tahap min yang rendah iaitu 2.39. Dapatan kajian inferens pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar sekolah-sekolah bandar (SP=0.413) dan luar bandar (SP=0.402) berkaitan tahap amalan pembelajaran masteri (t=-3.629, p=0.001 < .05), terdapat perbezaan yang signifikan (t=-2.200 p=0.028<.05) tahap sikap akademik antara pelajar sekolah-sekolah bandar (SP=0.426) dan luar bandar (SP=0.402). Terdapat perbezaan yang signifikan (t=3.327, p=0.001<.05), antara pencapaian pelajar luar bandar (SP=0.850) dan bandar (SP=0.921), terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pembelajaran masteri dengan pencapaian kluster pelajar prestasi lulus (r=0.134, p=0.011 < .05), terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pembelajaran masteri dengan pencapaian kluster pelajar prestasi lemah (r=-0.162, p=0.002<.05), terdapat hubungan yang signifikan antara sikap akademik dengan pencapaian kluster pelajar prestasi lemah (r=-0.116, p=0.028<.05), terdapat hubungan antara lokus kawalan dengan pencapaian kluster pelajar prestasi lemah(r=-0.194, p=0.000<.05 ), dan terdapat pengaruh amalan pembelajaran masteri, sikap akademik dan lokus kawalan terhadap pencapaian kluster pelajar prestasi lemah (R2= 0.051, p=0.003<.05). Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan maklumat berguna kepada pihak sekolah untuk meningkatkan kualiti dan pencapaian akademik pelajar. Kajian lanjutan diharapkan melibatkan populasi yang berbeza daripada populasi dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Pembelajaran masteri, Pencapaian pelajar, Bandar, Luar bandar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Sep 2024 10:01
Last Modified: 13 Sep 2024 10:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40980

Actions (login required)

View Item View Item