Ehqa Dhabita Mohd Nasir and Denis Lajium (2024) Pembelajaran berasaskan projek secara talian dan keupayaan murid untuk berkomunikasi secara berkesan: Kajian integratif. Jurnal Dunia Pendidikan, 6 (1). pp. 1-26.
Text
ABSTRACT.pdf Download (39kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (291kB) | Request a copy |
Abstract
Kejayaan kemahiran komunikasi melalui pembelajaran berasaskan projek secara atas talian boleh dicapai apabila murid berupaya untuk menyatakan pendapat, berbincang dengan orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah, berinteraksi, berdialog dan berhujah berdasarkan bukti. Sebagai mengiktiraf kepentingan strategi pembelajaran berasaskan projek secara atas talian dalam mempengaruhi kemahiran berkomunikasi murid, oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mensintesis literatur berkaitan yang sedia ada bagi mewujudkan asas teori pembelajaran berasaskan projek yang mengetengahkan penerapan elemen 4K iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan kritikal, yang memfokuskan pengaruhnya terhadap kemahiran komunikasi murid. Reka bentuk kajian dijalankan secara kualitatif yang menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Data temu bual , pemerhatian dan dokumen di analisis dengan menggunakan kaedah bola salji. Penyelidik memilih kes pertama yang memenuhi kesemua kriteria yang ditentukan untuk mendapatkan data yang padat. Analisis dijalankan terhadap tujuh orang responden. Secara konklusinya, pembelajaran berasaskan projek memenuhi ciri utama intervensi berkesan bagi pembelajaran abad ke-21 kerana pembelajaran berasaskan projek (PBP) merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang juga merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'. Melalui pelaksanaan projek, murid dapat membina pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri. Selain itu, melalui proses penyelesaian masalah, murid mampu berbincang untuk mendapatkan kesepakatan dalam kumpulan, berdialog secara aktif, berkongsi maklumat, berani menyatakan pendapat dan berhujah berdasarkan bukti. Pengintegrasian strategi pembelajaran berasaskan projek menjadikan kaedah intruksi ini boleh disesuaikan dengan murid yang berbeza-beza latar belakang, umur dan tahap pendidikan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | 4K, Pembelajaran Berasaskan Projek, Berkomunikasi, Strategi |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 05 Sep 2024 10:55 |
Last Modified: | 05 Sep 2024 10:55 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40999 |
Actions (login required)
View Item |