Hennie Fitria Wulandary Soehady Erfen (2020) Kesan gempa bumi ke atas kestabilan cerun Gravel Pinousuk di kawasan tanah tinggi Mesilou, Kundasang, Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (595kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (9MB) |
Abstract
Kajian ini terletak di kawasan Mesilou, Kundasang pada ketinggian 1400 meter hingga 2200 meter dari aras laut. Fokus kajian adalah cerun Unit Gravel Pinousuk berusia Pleistosen Akhir. Penentuan ragam kegagalan cerun dibuat menggunakan kaedah meja gegar bagi simulasi gempa bumi terhadap bahan tanah dan kaedah komputasi perisian ‘Rocfall’ untuk bahan batuan cerun. Lima cerun dipilih dan dijalankan analisis sifat kejuruteraan, analisis pembelauan sinar-X untuk mineralogi tanah dan analisis kestabilan cerun menggunakan kaedah hirisan biasa. Hasil cerapan lapangan mendapati terdapat tiga Unit Gravel Pinousuk iaitu Unit Batuan Bercampur iaitu campuran batuan ultramafik dan batu pasir, Unit Dominasi Ultramafik dan Unit Dominasi Granodiorit. Analisis petrografi menunjukkan batuan ultramafik adalah jenis lherzolit, batuan granodiorit mengandungi mineral plagioklas feldspar yang dicirikan oleh kembaran albit, penzonan dan bersaiz kasar, manakala batu pasir Formasi Crocker adalah jenis greiwak litik. Analisis pembelauan sinar-X menunjukkan kehadiran antigorit (A), maghemit (Mg) dan hematit (H) bagi sampel C1, C2 dan C3, manakala dominasi kuarza (Q), montmorilonit (M) dan ilit (I) bagi sampel C4 dan C5. Faktor keselamatan tertinggi (FOS) adalah pada cerun C2 dengan nilai 2.63 dan diikuti oleh cerun C4 bernilai 2.23. FOS bagi cerun C1, C3 dan C5 berjulat antara 1.15 hingga 1.53. Cerun C3 menunjukkan kebarangkalian kegagalan (POF) antara 15% hingga 20%. Cerun C1 dan C5 mempunyai POF antara 5% hingga 10%, manakala cerun C2 dan C4 mempunyai POF di bawah 5%. Kestabilan cerun kajian ini dipengaruhi oleh indeks keplastikan (3.28% - 30.48), kandungan kelembapan (23.09% - 61.74%), kejelekitan (1.5 kN – 2.8 kN), sudut geseran (16° - 22.5°) dan sudut muka cerun (55° - 82°). Hasil analisis meja gegar menunjukkan jarak pergerakan bahan cerun akan semakin menjauh dengan pertambahan tempoh masa gegaran gempa bumi dan peningkatan sudut cerun. Cerun-cerun kajian memerlukan 28 saat hingga 110 saat untuk jarak pergerakan tanah daripada 1.6 meter hingga 22.1 meter dan 0.2 meter hingga 5.8 meter untuk jarak pergerakan batuan cerun. Lokasi struktur penghalang yang dicadangkan adalah di antara 1 meter hingga 4 meter dari kaki cerun dengan keupayaan menahan kekuatan tenaga kinetik antara 100 J hingga 1600 J. Hasil analisis simulasi menunjukkan kelima-lima cerun kajian adalah mendatangkan impak bahaya kepada kawasan penempatan di Kg. Mesilou tetapi 60% hingga 87% daripada bilangan responden masih ingin menetap di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, 74% hingga 84% responden adalah bersedia untuk berpindah sekiranya diberikan petempatan baharu yang bebas risiko bencana.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Gempa bumi, Kestabilan cerun, Kawasan tanah tinggi, Unit Gravel Pinousuk |
Subjects: | Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE500-639.5 Dynamic and structural geology > QE521-545 Volcanoes and earthquakes |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 01 Oct 2024 10:08 |
Last Modified: | 01 Oct 2024 10:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41064 |
Actions (login required)
View Item |