Kaedah humor dalam pengajaran oleh guru bahasa melayu di sekolah rendah: satu kajian fenomenologi

Hafifi H. Horace and Musirin Mosin (2021) Kaedah humor dalam pengajaran oleh guru bahasa melayu di sekolah rendah: satu kajian fenomenologi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 63-70.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (39kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (238kB) | Request a copy

Abstract

Penyelidikan ini adalah mengenai kaedah humor dalam pengajaran guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Pendekatan kajian yang digunakan adalah menggunakan kajian kualitatif. Manakala reka bentuk kajian adalah fenomenologikal. Instrumen yang digunakan dalam melaksanakan pengumpulan data adalah temu bual separa berstruktur, rakaman audio pengajaran dan analisis dokumen. Pemilihan peserta kajian seramai empat orang adalah secara bertujuan dan berdasarkan kriteria humor yang ditentukan oleh penyelidikan berpandukan kajian-kajian lepas mengenai humor dalam pengajaran. Analisis data telah dilaksanakan dengan menggunakan analisis tematik. Tema-tema yang dihasilkan adalah berdasarkan pengulangan elemen berdasarkan data yang diperoleh melalui hasil analisis dapatan daripada data verbatim para peserta kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah humor dalam pengajaran oleh peserta kajian adalah sesuai dengan konteks pengajaran Bahasa Melayu dan juga kepada para murid dalam suasana Pengajaran dan Pemudahancaraan Bahasa Melayu. Tema yang muncul daripada elemen dan kategori yang dihimpunkan ialah terdiri daripada tiga tema iaitu kaedah humor secara komunikasi, kaedah humor menggunakan bahan dan kaedah humor secara variasi pengajaran. Kesimpulannya, para peserta kajian menggunakan humor yang bersesuaian dan boleh diterima oleh murid di sekolah rendah. Kaedah humor yang digunakan juga adalah seiring dengan konsep pembelajaran menyeronokkan serta kaedah didik hibur yang ditekankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Justeru, dapatan yang diperoleh daripada penyelidikan ini adalah diharapkan untuk dicadangkan sebagai satu panduan pengajaran penggunaan humor dalam pengajaran oleh guru Bahasa Melayu di sekolah rendah bermula daripada pendedahan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri seterusnya di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah dan latihan dalaman di peringkat sekolah rendah kelak.

Item Type: Article
Keyword: Kaedah humor, Pengajaran, Sekolah rendah, Bahasa Melayu
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1501-1547 Primary education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Sep 2024 08:39
Last Modified: 27 Sep 2024 08:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41102

Actions (login required)

View Item View Item