Pengurusan pentaksiran bilik darjah murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif di sekolah rendah

Velerie Wheelervon Primus and Musirin Mosin (2021) Pengurusan pentaksiran bilik darjah murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif di sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 59-68.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (363kB) | Request a copy

Abstract

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu transformasi kurikulum semasa dalam landskap pentaksiran pendidikan negara. Pendekatan utama dalam PBD ialah pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengurusan perancangan PBD Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini adalah secara kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Empat orang guru di empat buah sekolah yang terlibat dalam mengendalikan PBD dipilih secara purposive sampling sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga belas sub tema yang muncul dalam pengurusan perancangan pentaksiran dan pengurusan strategi mentaksir MBK PPI. Kajian ini adalah signifikan dengan keperluan semasa pendidikan negara yang sedang melalui fasa transformasi kurikulum dan pentaksiran. Pengurusan PBD oleh guru selaku pelaksana utama dasar amat penting dalam menjamin kualiti PBD dalam kalangan MBK PPI. Keberhasilan dan kemenjadian MBK PPI dalam pengurusan PBD yang terancang serta pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dapat memberi peluang kepada MBK PPI untuk mendapat kesamarataan dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini juga telah memberi garis panduan kepada guru untuk mengurus dan merancang PBD MBK PPI.

Item Type: Article
Keyword: Pentaksiran bilik darjah, Murid berkeperluan khas, Pendidikan khas, Program pendidikan inklusif _______________
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1501-1547 Primary education
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Sep 2024 08:39
Last Modified: 27 Sep 2024 08:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41104

Actions (login required)

View Item View Item