Deskripsi struktur frasa adverba dalam bahasa melayu berdasarkan teks sejarah melayu

Musirin Mosin (2015) Deskripsi struktur frasa adverba dalam bahasa melayu berdasarkan teks sejarah melayu. SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 3. pp. 229-246. ISSN 2302-5808

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (318kB) | Request a copy

Abstract

Penelitian ini berfokus pada analisis dokumen sastera “Sejarah Melayu” dan pemerolehan data perpustakaan berkaitan struktur frasa adverba menggunakan teori sistemik-fungsional. Matlamat penelitian ialah mengenalpasti struktur frasa adverba dalam ayat. Dengan menggunakan bentuk kata selapis dan berlapis ini, data korpus berupa ayat lengkap diperolehi melalui penjanaan korpus di Pangkalan Data Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia. Daripada analisis dokumen, didapati wujud struktur frasa adverba pada adjung pangkal, adjung tengah, dan adjung hujung ayat, yakni bercanggah dengan kedudukan frasa adverba yang diarah-tunjuk pada adjung hujung ayat. Dapatan kajian menunjukan 2,338 ayat sahaja yang benar-benar memperlihatkan kewujudan frasa adverba dalam struktur ayat teks “Sejarah Melayu”. Daripada jumlah tersebut, frasa adverba yang terletak pada adjung pangkal ialah 273 frasa (11.67%); manakala 1,881 frasa adverba (84.81%) berada pada kedudukan tengah ayat; dan adjung hujung hanya 184 frasa (7.86%). Dengan paparan data ini diharap wujud keseragaman penerimaan tentang posisi frasa adverba dalam struktur ayat bahasa Melayu.

Item Type: Article
Keyword: Struktur Frasa Adverba, Ayat-ayat, Sejarah Melayu, Adjung Pangkal, Adjung Tengah, Adjung Hujung
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > D History (General) > D1-2027 History (General) > D1-24.5 General
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Sep 2024 08:40
Last Modified: 27 Sep 2024 08:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41107

Actions (login required)

View Item View Item