Hubungan kepimpinan teknologi guru besar dengan kepercayaan dan integrasi teknologi guru di sekolah rendah kebangsaan di daerah Kudat

Aminurrashid Ibrahim and Christina Andin (2023) Hubungan kepimpinan teknologi guru besar dengan kepercayaan dan integrasi teknologi guru di sekolah rendah kebangsaan di daerah Kudat.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (385kB) | Request a copy

Abstract

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menuntut bahawa pengintegrasian ICT di sekolah perlu dilaksanakan berdasarkan piawaian yang dicadangkan oleh Persatuan Antarabangsa Teknologi Pendidikan (ISTE). Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap dan hubungan antara Kepimpinan Teknologi Guru Besar (KTGB) dan Kepercayaan Penggunaan Teknologi Guru (KPTG) di sekolah rendah kebangsaan di daerah Kudat. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam meneliti lima aspek KTGB. Persampelan dalam kajian ini adalah seramai 285 orang guru di Sekolah Rendah Kebangsaan di Daerah Kudat. Instrumen kajian yang digunakan adalah daripada soal selidik Instrumen Principals' Technology Leadership Assessment (PTLA) yang diubahsuai dari International Society for Technology in Education-Standards for Administrators (ISTE-A, 2014) mengikut acuan budaya Malaysia, akan digunakan untuk mengumpul data KTGB. Instrumen kedua, merujuk Integrasi Teknologi Guru (ITG) adalah diubahsuai dari Learning with ICT: Measuring ICT Use in the Curriculum Instrument. Instrumen ketiga pula merujuk instrumen kepercayaan penggunaan teknologi guru yang dibina instrumen (TPACK Framework) iaitu rangka kerja Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (TPACK) direka bentuk oleh Koehler dan Mishra (2009). Pemprosesan data menggunakan perisian SPSS versi 21. Hasil kajian menunjukkan KTGB, KPTG dan ITG pada tahap yang tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan KTGB dan KPTG mengikut jantina. Terdapat hubungan antara KTGB dengan KPTG dan ITG. Hasil kajian ini mempunyai implikasi kepada pembuatan dasar berkaitan dengan ICT di sekolah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kepimpinan teknologi, Guru besar, Kepercayaan penggunaan teknologi, Integrasi teknologi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
T Technology > T Technology (General) > T1-995 Technology (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Oct 2024 10:41
Last Modified: 01 Oct 2024 10:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41183

Actions (login required)

View Item View Item