Pengaruh kebimbangan pra-pertandingan dan orientasi matlamat terhadap pencapaian atlet olahraga lelaki bawah lapan belas tahun pedalaman Sabah

Joseph Nandu (2020) Pengaruh kebimbangan pra-pertandingan dan orientasi matlamat terhadap pencapaian atlet olahraga lelaki bawah lapan belas tahun pedalaman Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (315kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (17MB)

Abstract

Kebimbangan pra-pertandingan dan orientasi matlamat adalah antara faktor psikologi yang menyumbang kepada pencapaian terbaik dalam sukan olahraga. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dan faktor peramal yang mempengaruhi serta mendiskriminasikan atlet berdasarkan kategori acara dan tahap pencapaian. Kajian berbentuk ex post facto dijalankan ke atas 602 orang atlet olahraga lelaki yang bertanding di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Pedalaman Sabah. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk kebimbangan kognitif, keyakinan diri, orientasi ego dan orientasi tugasan atlet manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk kebimbangan somatik dalam kalangan atlet berdasarkan kategori acara. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk kebimbangan kognitif, keyakinan diri dan orientasi ego namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk kebimbangan somatik dan orientasi tugasan atlet berdasarkan tahap pencapaian. Hasil kajian mendapati bahawa konstruk peramal yang mempengaruhi atlet berdasarkan kategori acara dan tahap pencapaian adalah konstruk keyakinan diri, orientasi tugasan dan orientasi ego. Keputusan analisis fungsi diskriminan menunjukkan bahawa konstruk peramal yang mendiskriminasikan atlet berdasarkan kategori acara adalah konstruk keyakinan diri [-4.942 (Pemalar) + 1.72 (Keyakinan Diri)], orientasi tugasan dan orientasi ego [-9.411 (Pemalar) + 1.529 (Orientasi Tugasan) + .982 (Orientasi Ego). Sementara konstruk peramal yang mendiskriminasikan atlet berdasarkan tahap pencapaian adalah konstruk keyakinan diri [-4.672 (Pemalar) + 1.598 (Keyakinan Diri)] dan orientasi ego [-5.428 (Pemalar) + 1.784 (Orientasi Ego)]. Berdasarkan dapatan kajian maka elemen kebimbangan pra-pertandingan dan orientasi matlamat perlulah diberi penekanan dalam merangka program latihan atlet olahraga berdasarkan keperluan bagi menghasilkan atlet yang berkualiti.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Faktor psikologi, Sukan olahraga, Atlet, Pedalaman Sabah
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports > GV1060.5-1098 Track and field athletics
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Oct 2024 10:57
Last Modified: 14 Oct 2024 10:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41197

Actions (login required)

View Item View Item