Hubungan pengetahuan dan persepsi guru terhadap autism spectrum disorder (asd) dalam kalangan kanak-kanak : Sikap sebagai mediator

Mariani Majin (2020) Hubungan pengetahuan dan persepsi guru terhadap autism spectrum disorder (asd) dalam kalangan kanak-kanak : Sikap sebagai mediator. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (290kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah untuk memahami kefahaman ASD dalam kalangan guru pada kanak-kanak yang mengalami masalah ASD. Tujuan kajian ini adalah untuk (1) mengkaji pengetahuan ASD guru; (2) mengkaji pengaruh sikap guru terhadap penjagaan serta keberkesanan pendidikan dalam sekolah pada kanakkanak ASD dan (3) mengkaji persepsi guru terhadap minat dan keberkesanan latihan kerjasama dengan kanak-kanak ASD. Kajian ini adalah kajian tinjauan, berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik dalam mengumpulkan data. Seramai 300 orang responden guru sekolah rendah yang bersetuju untuk mengisi borang soal selidik yang telah diagihkan di beberapa buah sekolah rendah yang berada di zon Pantai Barat (Selatan) Kota Kinabalu, Sabah. Data yang dikumpul kemudian dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical package for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0 dengan menggunakan ujian-t bebas, regresi mudah dan analisis mediator yang dibina oleh Andrew F. Hayes (2019), untuk mengkaji hipotesis yang telah dibina. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai pada sumbangan peratus varians adalah kecil, namun masih terdapat kesan yang signifikan dan positif. Keadaan ini dapat dijelaskan di mana ternyata masih kurang pengetahuan serta kesedaran berkenaan dengan ASD dan keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi pada sikap ketidakyakinan dalam mengendalikan kanak-kanak ASD dalam kalangan guru di Kota Kinabalu, Sabah. Walau bagaimanapun, responden masih menunjukkan persepsi yang positif dan minat yang tinggi dalam melibatkan diri untuk memahami ASD dengan lebih lanjut. Implikasinya, kajian ini dapat membantu kanak-kanak ASD serta ibu bapa, memberikan sokongan serta sumbangan untuk mengalakkan kemudahan akses pada sumber-sumber maklumat berkenaan dengan ASD, dan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk kajian di masa akan datang

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Gangguan autisme spektrum, ASD, Pengetahuan, Sikap, Persepsi, Guru sekolah rendah
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC1390-5160.3 Education of special classes of persons > LC3950-4806.5 Exceptional children and youth. Special education > LC4001-4806.5 Children and youth with disabilities. Learning disabled children and youth
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Oct 2024 10:58
Last Modified: 14 Oct 2024 10:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41203

Actions (login required)

View Item View Item