Pembangunan dan keberkesanan perisian pembelajaran pendidikan jasmani kemahiran asas sukan hoki tingkatan empat

Mad Rosli Saraamu (2022) Pembangunan dan keberkesanan perisian pembelajaran pendidikan jasmani kemahiran asas sukan hoki tingkatan empat. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (628kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan perisian kursus kemah iran asas sukan hoki berdasarkan pendekatan konstruktivisme dan mengukur keberkesanan perisian tersebut berdasarkan penguasaan kemahiran asas sukan hoki dalam kalangan murid tingkatan empat sekolah menengah yang melibatkan dua buah sekolah di daerah Tawau, Sabah. Kajian kuasi eksperimen ini menggunakan rekabentuk ujian pra dan pasca kumpulan kawalan melibatkan sebilangan 120 orang murid tingkatan empat yang dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kawalan. Pembangunan perisian pembelajaran kemahiran asas sukan hoki menggunakan gabungan pendekatan penyelidikan pembangunan (DDR) dan Model reka bentuk pengajaran ADDIE. Pembangunan perisian bagi setiap fasa akan dilihat secara tinjauan menggunakan soal selidik. Pelaksanaan pembelajaran adalah menggunakan pende katan konstruktivisme. Di sepanjang intervensi, murid dalam kumpulan eksperimen didedahkan dengan pembelajaran kemahiran asas sukan hoki menggunakan perisian. Manakala murid kumpulan kawalan didedahkan rutin pembelajaran konvensional. Keberkesanan perisian pembelajaran kemahiran asas sukan hoki diukur dengan menggunakan pengukuran kuantitatif penguasaan lakuan kemahiran asas sukan hoki. Analisis data melibatkan Ujian T. Keputusan kajian menunjukkan murid yang didedahkan penggunaan perisian mendapat min skor yang lebih tinggi secara signifikan di dalam pascaujian berbanding murid yang didedahkan kepada penggunaan konvensional dengan nilai t 69.255, p<.05. Disamping itu perisian yang dibangunkan turut dinilai isi kandungan, rekabentuk dan strategi pembelajaranpembelajaran. Dapatan menunjukkan secara keseluruhan murid murid-murid dan guruguru-guru bersetuju bahawa perisian pembelajaran kemahiran asas sukan hoki dalam kajian ini adalah sangat baik. Dapatan kajian memerihalkan data empirikal yang membuktikan peranan perisian yang diban gunkan dengan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran kemahiran asas sukan hoki mempertingkatkan penguasaan lakuan kemahiran asas sukan hoki dalam kalangan murid.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Perisian pembelajaran, Pendidikan jasmani, Hoki
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV201-555 Physical education and training
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Oct 2024 15:50
Last Modified: 18 Oct 2024 15:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41265

Actions (login required)

View Item View Item