Kesan penambahan Rumpai Laut Kappaphycus alvarezii terhadap tekstur gula-gula kenyal hasilan Rumpai Laut Eucheuma spinosum

Teng, Woei Jiunn (2010) Kesan penambahan Rumpai Laut Kappaphycus alvarezii terhadap tekstur gula-gula kenyal hasilan Rumpai Laut Eucheuma spinosum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000551.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penambahan rumpai laut Kappaphycus alvarezii terhadap tekstur gula-gula kenyal hasilan rumpai laut Eucheuma spinosum. Sebanyak enam formulasi dibentuk dengan Rekabentuk Faktorial menggunakan tiga tahap rumpai laut Eucheuma spinosum (4 gram, 6 gram, dan 8 gram) dan dua tahap rumpai laut Kappaphycus alvarezii (1 gram dan 3 gram). Analisis Profil Tekstur gula-gula kenyal telah dijalankan untuk kesemua formulasi. Hasil menunjukkan penambahan rumpai laut Kappaphycus alvarezii akan meningkatkan kekerasan dan kebergetahan gula-gula kenyal. Sebaliknya, peningkatan fraksi Eucheuma spinosum akan meningkatkan keanjalan gula-gula kenyal. Rumpai laut Eucheuma spinosum mempunyai kesan interaksi yang bererti (p < 0.05) dengan rumpai laut Kappaphycus alvarezii dalam mempengaruhi tekstur gula-gula kenyal yang dihasilkan. Kajian simpanan selama dua minggu dijalankan dengan menguji aktiviti air (aw) dan tekstur gula-gula kenyal. Aktiviti air bagi kesemua formulasi telah meningkat dari 0.57 - 0.63 sehingga 0.69 - 0.76 selepas tempoh simpanan. Dari segi tekstur pula, kesemua sampel tersimpan didapati lebih keras (kecuali F3) dan kurang anjal (p < 0.05) berbanding sampel segar. Sampel kebergetahan Fl, F3, dan F5 kekal tidak berubah setelah disimpan (p > 0.05).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Seaweed, Gummy candy, Kappaphycus alvarezii, Eucheuma spinosum
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > SH1-691 Aquaculture. Fisheries. Angling > SH201-399 Fisheries > SH393 Seagrasses
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 May 2012 08:40
Last Modified: 23 Oct 2017 11:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4130

Actions (login required)

View Item View Item