Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan and Azizan Morshidi and Noor Syakirah Zakaria and Ramli Dollah and Ang Kean Hua and Mohamad Pirdaus Yusoh (2024) Konstruktiviti dasar dan strategi sekuriti makanan: Kerentanan isu padi dan beras di Kota Belud, Sabah. International Journal of Advanced Research in Food Science and Agriculture Technolog, 1. pp. 1-17. ISSN 3030-556X
Text
ABSTRACT.pdf Download (40kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Dewasa ini kenaikan harga beras import dan fenomena kekurangan bekalan beras tempatan telah memberikan impak negatif terhadap rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Hal ini telah menyebabkan kenaikan harga barangan komoditi sektor makanan terus meningkat. Walaupun yang demikian kekurangan beras putih tempatan dalam negara adalah disebabkan peningkatan permintaan berikutan kenaikan harga beras import. Namun begitu, negara mempunyai 130,282 hektar sawah yang menyumbang kepada 40 % pengeluaran padi. Kota Belud sahaja seluas 7,092 hektar dan merupakan antara pengeluar utama beras. Jika dianalisis daripada aspek keluasan tanaman padi di Kota Belud pada tahun 2019 adalah seluas 9,392 hektar. Oleh itu, kurang daripada tiga tahun sahaja telah berlaku peningkatan 1,000 hektar kawasan tanaman padi di Kota Belud. Atas faktor tersebut seharusnya bekalan beras negara mencukupi tetapi sebaliknya negara mengalami krisis kerentanan padi dan beras yang serius. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ialah menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kepada isu kekurangan bekalan beras, pemilihan, laveraj dan penglibatan pemegang taruh yang akhirnya menentukan pemilihan ruang dasar, kebolehoperasian dan penilaian keberkesanan dasar. Kajian mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan memperoleh data primer melalui temu bual berstruktur dengan para informan utama dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti empirikal melalui data sekunder. Bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih komprehensif kajian kualitatif turut dilakukan dengan memberikan borang soal selidik kepada 100 orang penduduk kampung. Hasil kajian menunjukan sekuriti makanan perlu dijadikan agenda nasional dan selain itu penglibatan golongan belia, jaringan jalan raya yang komprehensif, sistem perparitan dan pengairan yang kondusif serta pengagihan tanaman padi dan tanaman komersial yang seimbang antara alternatif dan inisiatif dalam menghadapi dan mengurangkan isu sekuriti makanan di Sabah dan Malaysia secara amnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Sekuriti makanan; isu padi dan beras; Kota Belud; dasar sekuriti makanan |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades > HD9000-9495 Agricultural industries S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB183-317 Field crops Including cereals, forage crops, grasses, legumes, root crops, sugar plants, textile plants, alkaloidal plants, medicinal plants |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 16 Oct 2024 13:57 |
Last Modified: | 16 Oct 2024 13:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41409 |
Actions (login required)
View Item |