Analisis respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah

Jim Jipun (2009) Analisis respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (348kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Justeru itu, sebuah struktur model respon penawaran getah asli di kalangan pekebun kecil getah di sabah dibentuk dan dianggar dengan menggunakan data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Struktur model berkenaan mengandungi tiga persamaan gelagat. Model yang dibentuk bersifat blok rekursif dan dianggar dengan menggunakan Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) dan Kuasa Dua Terkecil Dua Peringkat (2SLS) dalam bentuk linear dalam log. Model ini menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi keluasan kawasan baru getah, keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di Sabah. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi keluasan kawasan baru getah ialah harga getah tertangguh tiga tahun, perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah tertangguh tiga tahun dan bilangan buruh/pekebun kecil tertangguh tiga tahun. Keluasan kawasan getah matang dipengaruhi oleh keluasan kawasan getah matang tertangguh satu tahun, keluasan kawasan baru getah tertangguh satu tahun dan kawasan getah yang ditebang untuk ditanam semula getah dan lain-lain tanaman. Pengeluaran getah asli dipengaruhi oleh pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun, keluasan kawasan getah matang dan harga getah semasai. Implikasi daripada kajian didapati bahawa memastikan harga getah yang baik, meningkatkan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan industri getah, penanaman getah pada saiz kebun yang sesuai dan penggunaan teknologi pertanian adalah penting bagi mengekalkan dan meningkatkan perkembangan industri getah asli di Sabah. Di samping itu penilaian model juga dilakukan untuk menilai kesesuaian model tersebut antara yang sebenar dengan yang dianggar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Rubber supply, Response, Smallholder, Ordinary least squares, Two stage least squares
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades > HD9000-9495 Agricultural industries
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Nov 2024 15:53
Last Modified: 07 Nov 2024 15:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41413

Actions (login required)

View Item View Item