Puteri Hayati Megat Ahmad (2011) Motivational interviewing : pembinaan latihan adaptasi motivational interviewing (AMI), kesan latihan strategi AMI ke atas kaunselor pelatih dan pengaruh elemen budaya ke atas kesan latihan. UNSPECIFIED thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (725kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Kajian Motivational Interviewing, MI secara berterusan telah menunjukkan hasil yang positif dalam pelbagai seting dan populasi tetapi tidak banyak kajian yang memfokuskan kepada aspek dalaman dan proses yang berkaitan dengan latihan kaunselor dalam konteks budaya berbeza. Kajian eksperimen-kuasi ini bertujuan untuk membina satu strategi latihan Adaptasi Motivational Interviewing, AMI dalam latar budaya baru, menjalankannya ke atas kaunselor pelatih dan melihat pengaruh elemen budaya ke atas kesan latihan dengan mengambil kira faktor integriti dan keakuran kajian. Kajian ini melibatkan 113 kaunselor pelatih dan menggunakan Counseling Response Questionnaires, Confidence and Knowledge Scale dan Edwards Personal Preference Schedule. Rating kesan latihan diukur melalui alat kajian Motivational Interviewing Treatment Integrity, MITI 3.0 dan The Behavior Change Counseling Index, BECCI. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan kesan latihan (pengetahuan, respon empati dan keyakinan melaksanakan kaunseling, kemahiran MI dan kemahiran mengubah tingkah laku) antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dari aspek perkaitan pula, wujudnya hubungan positif yang signifikan antara personaliti, pengetahuan, respon empati dan keyakinan dengan kemahiran MI dan kemahiran mengubah tingkah laku. Hasil analisis regresi pelbagai mendapati respon empati adalah peramal signifikan terhadap kemahiran MI, kemahiran mengubah tingkah laku dan tempoh masa bercakap kaunselor semasa sesi manakala Personaliti Mengasuh menjadi peramal paling signifikan bagi kemahiran kadar keseluruhan MI, empati, kemahiran keakuran MI, respon refleksikompleks, kemahiran mengubah tingkah laku dan tempoh masa bercakap pelatih semasa sesi. Walau bagaimanapun, strategi latihan ini gagal meningkatkan penguasaan kemahiran subjek kepada tahap kecekapan kecuali bagi kemahiran respon refleksi-kompleks. Kajian ini menyumbang kepada pembinaan teori Motivational Interviewing dalam konteks pelbagai budaya serta menjadi model dalam latihan AMI di Malaysia tanpa mengabaikan aspek intergriti dan keakuran kajian.
Item Type: | Thesis (UNSPECIFIED) |
---|---|
Keyword: | Motivational Interviewing, Latihan kaunselor, Budaya |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF636-637 Applied psychology |
Department: | SCHOOL > School of Psychology and Social Work |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 08 Nov 2024 11:52 |
Last Modified: | 08 Nov 2024 11:52 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41450 |
Actions (login required)
View Item |