Norhidayah Sahid (2009) Penentuan komponen meruap teh sabah pada tiga tahap kematangan berbeza (daun muda, pertengahan, dan matang) melalui tempoh fermentasi berbeza. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000560.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Penentuan komponen meruap teh dijalankan untuk menentukan komponen meruap yang wujud dalam teh hijau dan teh hitam yang dihasilkan dari teh Sabah (Camellia sinensis). Penentuan tersebut dibuat melalui tiga tahap kematangan daun iaitu daun mudar pertengahan dan matangr serta melalui tempoh fermentasi yang berbeza; 0, 30, 90, dan 180 minit. Komponen meruap diekstrak menggunakan kaedah penyulingan wap secara serentak (SDE) dan dianalisis dengan kromatografi gasspektrometri jisim (GC-MS). Lebih dari 50 komponen meruap dikenalpasti dalam kedua-dua jenis teh hijau dan teh hitam dan ia dikelaskan mengikut kumpulan berfungsi. Komponen meruap teh Sabah terdiri dari kumpulan aldehide (21%), alkohol dan alkana (masing-masing 18%), keton (16%), alkena (l1%), asid karbosilik (6%) dan lain-lain (10%). Perbandingan dari segi bilangan komponen yang hadir pada setiap tahap kematangan menunjukkan ianya lebih banyak ditemui pada sampel teh hitam (60 dan 59 komponen, mengikut turutan daun muda dan pertengahan) berbanding teh hijau (56 komponen bagi kedua-dua daun muda dan pertengahan), tetapi bilangan komponen adalah sarna banyak pada daun matang (57 komponen). Hanya kumpulan berfungsi aldehide menunjukkan min kepekatan relatif yang berbeza secara signifikan antara setiap tempoh fermentasi dan wujud corak peningkatan komponen meruap dengan tempoh fermentasi yang semakin lama. Dari aspek tahap kematangan, hanya kumpulan aldehide yang menunjukkan perbezaan signifikan antara setiap min kepekatan relatif, namun sarna seperti kumpulan lain tiada corak peningkatan atau penurunan komponen meruap dapat ditentukan mengikut tahap kematangan yang semakin tua.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Sabah tea, Sabah tea leave, Camellia sinensis, Maturity level |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 25 May 2012 17:56 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 12:02 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4150 |
Actions (login required)
View Item |