Penentuan unsur surih dalam diet bagi penduduk kawasan bandar dan luar bandar sabah: kajian menggunakan pangkalan data komposisi makanan

Maggie Hau (2010) Penentuan unsur surih dalam diet bagi penduduk kawasan bandar dan luar bandar sabah: kajian menggunakan pangkalan data komposisi makanan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000563.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan pengambilan unsur surih besi, zink dan selenium bagi penduduk di kawasan Kota Kinabalu dan Nabawan. Pengambilan unsur surih kemudian dibandingkan dengan Saranan pengambilan nutrient Malaysia (RNI) 2005. Hipotesis kajian ini adalah kandungan unsur surih besi, zink dan selenium bagi penduduk Kota Kinabalu adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan penduduk di Nabawan. Seramai 103 responden Nabawan dan 108 responden Kota Kinabalu yang berumur 18-60 tahun telah menjalani kajian ini. Kaedah ingatan semula 24 jam dan kekerapan pengambilan makanan (FFQ) digunakan untuk menilai pengambilan makanan responden. Tiada perbezaan signifikan bagi min nutrien diantara kawasan Nabawan dan Kota Kinabalu dengan menggunakan kaedah ingatan semula diet 24 jam bagi tenaga (P=0.375), protein (P=0.087), besi (P=0.125), zink (P=0.166) dan selenium (P=0.182). Pengambilan nutrien diantara dua kawasan berikut tidak mempunyai perbezaan yang signifikan mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan yang kurang dilaporkan (under-report) oleh responden-responden. Manakala FFQ pula mempunyai perbezaan yang signifikan (P < 0.05) bagi tenaga (P=0.010) dan lemak (P=0.025), namun tiada perbezaan signifikan (P > 0.05) bagi besi (P=0.084), zink (0.794) dan selenium (P=0.762). Berdasarkan data ingatan semula diet 24 jam, min pengambilan tenaga bagi responden Nabawan dan Kota Kinabalu adalah 1454.87 ± 610.16 kkal dan 1493.10 ± 564.53 kkal; protein 67.37 ± 37.07g dan 72.18 ± 31.87g; lemak 52.84 ± 36.74 9 dan 60.45 ± 31.36g. Manakala min pengambilan unsur surih bagi responden Nabawan dan Kota Kinabalu adalah besi 11.78 ± 5.57mg dan 13.28 ± 6.30mg; zink 6.8 ± 3.14mg dan 7.48 ± 3.66mg; selenium 151.40 ± 107.07µg dan 162.20 ± 94.05µg. Bilangan responden Nabawan yang mencapai RNI bagi tenaga, protein, lemak, besi, zink dan selenium adalah 13.6%, 59,2%, 49.5%, 38.8%, 70.9% dan 98.1%. Responden Kota Kinabalu yang mencapai RNI tenaga, protein, lemak, besi, zink dan selenium adalah 15.7%, 69.4%, 62.0%,42.5%, 98.1% dan 71.3%.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Food, Elements in the diet of rural dwellers in Sabah, Food composition database, Food intake, Kota Kinabalu, Nabawan
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 01 Jun 2012 17:23
Last Modified: 23 Oct 2017 12:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4153

Actions (login required)

View Item View Item