Kertas konsep penggunaan permainan bahasa dalam pembelajaran tatabahasa arab di PPIB, UMS, Kota Kinabalu: satu pengenalan

Nor Ain Manap and Noorafini Kassim and Siti Nurul Aisyah Abd Hamid (2023) Kertas konsep penggunaan permainan bahasa dalam pembelajaran tatabahasa arab di PPIB, UMS, Kota Kinabalu: satu pengenalan.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (38kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (130kB) | Request a copy

Abstract

Walaupun bahasa Arab telah mula diajar di peringkat sekolah rendah, menengah sehingga ke peringkat universiti termasuklah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) namun, ia tetap dikenali di antara bahasa yang agak sukar dipelajari kerana begitu banyak tatabahasanya. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk membantu pelajar mempelajari tatabahasa Arab dengan lebih mudah, antaranya adalah melalui permainan bahasa. Kajian ini berkaitan dengan pengenalan awal penggunaan beberapa permainan bahasa yang telah dijalankan semasa kuliah, sama ada permainan secara bersemuka ataupun atas talian. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan bahan bantu mengajar tatabahasa Arab menggunakan permainan bahasa, sama ada permainan bahasa yang pernah digunakan sebelum ini ataupun permainan terkini secara atas talian. Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Kaedah pengumpulan data dibuat melalui temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati pelajar seronok menggunakan permainan bahasa yang digunakan untuk membantu mereka mengingati pelbagai formula tatabahasa Arab sekaligus mendapat markah yang baik dalam kursus ini. Kajian juga akan memberi manfaat kepada tenaga pengajar bahasa Arab dalam pembelajaran dan pengajaran tatabahasa terutamanya, kerana ianya agak sukar untuk dijelaskan dan diaplikasikan dalam penguasaan bahasa pelajar terutamanya bagi pelajar yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza.

Item Type: Proceedings
Keyword: Bahasa Arab, Permainan Bahasa, PPIB
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Oct 2024 16:14
Last Modified: 28 Oct 2024 16:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41655

Actions (login required)

View Item View Item