Pendekatan strategi pemulihan (Turnaround strategy) yang digunakan oleh pihak majikan semasa organisasi berhadapan situasi pandemik COVID 19 di Kota Kinabalu, Sabah

Muhammad Aiman Danial Abu Bakar and Kee.Y. Sabariah Kee Mohd Yussof (2022) Pendekatan strategi pemulihan (Turnaround strategy) yang digunakan oleh pihak majikan semasa organisasi berhadapan situasi pandemik COVID 19 di Kota Kinabalu, Sabah.

[img] Text
ABSTRTACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (308kB) | Request a copy

Abstract

Pandemik COVID 19 memberi kesan kepada kelangsungan organisasi di mana sesetengah organisasi terpaksa menghentikan operasi harian dan mengalami kerugian sehingga terpaksa melakukan pengurangan tenaga kerja. Prestasi organisasi juga turut terjejas akibat pandemik COVID 19. Antara sektor yang terjejas adalah sektor pelancongan seperti industri perhotelan di Malaysia. Oleh itu, organisasi tersebut terpaksa menutup atau menghentikan operasi organisasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Berdasarkan senario semasa, kertas kerja ini mengetengahkan strategi organisasi untuk mengekalkan kelangsungan organisasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemubual 2 orang pihak Pengurus Sumber Manusia dalam sektor perhotelan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa strategi pemulihan adalah strategi yang berkesan, bagi menstabilkan semula prestasi organisasi demi kelansungan organisasi untuk mampu berdaya tahan ketika berhadapan situasi pandemik COVID 19. Antara langkah-langkah yang diambil oleh organisasi adalah dengan melaksanakan strategi pemulihan (Turnaround strategy). Strategi pemulihan ini terdiri daripada tiga (3) dimensi iaitu: pengurangan aset, penjimatan kos dan penjanaan hasil. Tindakan organisasi dalam mengurangkan kos dan aset adalah seperti melakukan pengurangan tenaga kerja dan pengecilan organisasi. Langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk mengekalkan prestasi organisasi dari aspek komunikasi, produktiviti dan kepimpinan dalam organisasi. Kajian lepas oleh (Mann dan Byun, 2017) dan (Santana et al., 2017) menyatakan strategi pemulihan adalah berkesan untuk mengekalkan kelangsungan organisasi semasa pandemik COVID 19. Penelitian awal ini memerlukan sokongan teoritikal, bagi melihat sejauh mana hala tuju organisasi dalam mengamalkan pendekatan strategi pemulihan, pengurangan tenaga kerja dan hubungannya dengan prestasi dalam sesebuah organisasi semasa berhadapan dengan krisis pandemik COVID 19.

Item Type: Proceedings
Keyword: Strategi pemulihan, Pengurangan tenaga kerja, Pandemik COVID 19, dan industri perhotelan
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX901-946.5 Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Oct 2024 12:14
Last Modified: 29 Oct 2024 12:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41671

Actions (login required)

View Item View Item