Cabaran taska bahasa Iranun dalam usaha melestarikan bahasa ibunda

Rosmah Derak and Junaidah Januin and Halina Sendera Mohd Yakin and Kamsilawati Kamlun and Sabariah Abd Rahim (2022) Cabaran taska bahasa Iranun dalam usaha melestarikan bahasa ibunda.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (316kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran taska bahasa Iranun di Kampung Payas-Payas dan Kampung Rampayan Laut, Kota Belud Sabah dalam usaha melestarikan bahasa Iranun kepada kanak-kanak seawal usia 3 hingga 5 tahun dengan penubuhan taska bahasa Iranun. Kaedah kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan, temu bual tidak berstruktur dan pemerhatian turut serta telah digunakan untuk mendapatkan data di kawasan kajian. Seramai empat orang responden telah ditemu bual untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh taska bahasa Iranun dalam usaha untuk memelihara bahasa Iranun daripada terus pupus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa taska bahasa Iranun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Cabaran yang paling besar adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa etnik Iranun tentang kepentingan memelihara bahasa etnik mereka. Faktor rakan sebaya juga mempengaruhi kanak-kanak ini untuk terus menggunakan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi ketika berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Meskipun berhadapan dengan kekangan kewangan bagi memastikan kelangsungan taska ini, namun etnik Iranun di bawah Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Iranun (BKI) tetap yakin bahawa taska ini mampu bertahan dan berusaha untuk menjadikan bahasa Iranun sebagai silibus dalam kokurikulum di peringkat prasekolah. Kajian ini diharap dapat memberi suatu gambaran yang menyeluruh tentang cabaran taska bahasa Iranun dalam usaha melestarikan bahasa Iranun daripada terus pupus. Cabaran-cabaran yang telah dikenal pasti diharap dapat menyedarkan etnik Iranun untuk terus memperkasakan bahasa ibunda mereka agar bahasa mereka tidak pupus ditelan zaman.

Item Type: Proceedings
Keyword: Cabaran Taska, Bahasa Iranun, Etnik Iranun, Prasekolah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1140-1140.5 Preschool education. Nursery schools
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Nov 2024 09:16
Last Modified: 01 Nov 2024 09:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41693

Actions (login required)

View Item View Item