Keberkesanan penggunaan modul bahan bacaan kebudayaan (BBK) dalam pembelajaran perbendaharaan kata bahasa Kadazandusun

Henry Bating (2012) Keberkesanan penggunaan modul bahan bacaan kebudayaan (BBK) dalam pembelajaran perbendaharaan kata bahasa Kadazandusun. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (329kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Pemerolehan perbendaharaan kata merupakan aspek penting dalam pembelajaran bahasa. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan pencapaian perbendaharaan kata kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas pembelajaran menggunakan modul BBK yang disusun khas untuk responden kumpulan rawatan. Kajian ini juga mahu mengesahkan dua hipotesis yang diajukan berdasarkan objektif kajian membandingkan skor min ujian pencapaian perbendaharaan kata bahasa Kadazandusun pada aras pengetahuan, pemahaman dan penerapan antara kumpulan rawatan yang menggunakan Modul BBK dan kumpulan kawalan yang menggunakan Modul SPK. Pelaksanaan kajian dilakukan dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif kaedah kuasi-eksperimen. Kajian ini dijalankan selama tiga bulan dalam 12 kali pertemuan kursus asas Tahap III bahasa Kadazandusun di pusat pengajian tinggi tempat kajian dijalankan. Terdapat satu pertemuan selama sejam dalam setiap minggu. Seramai 44 pelajar terlibat dalam kajian, 22 pelajar untuk kumpulan rawatan dan 22 pelajar untuk kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan ialah ujian pencapaian bahasa dan soal selidik. Ujian pencapaian bahasa digunakan untuk menguji aras pengetahuan, pemahaman dan penerapan perbendaharaan kata pelajar. Borang soal selidik digunakan untuk meninjau pendapat pelajar mengenai bahan dan kaedah yang digunakan dalam pembelajaran perbendaharaan kata. Ujian-T digunakan untuk menganalisis perbezaan skor min praujian dan pascaujian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min praujian dan pascaujian aras pengetahuan, pemahaman dan penerapan perbendaharaan kata kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Hasil kajian memberikan implikasi bahawa modul BBK dapat membantu pelajar kursus asas bahasa Kadazandusun di pusat pengajian tinggi di mana kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Perbendaharaan kata, Pembelajaran bahasa, Kadazandusun
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 29 Nov 2024 12:00
Last Modified: 29 Nov 2024 12:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41711

Actions (login required)

View Item View Item