Noraini Noor Mohamed (2009) Status pemakanan kanak-kanak jalanan di Tawau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000575.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Kajian keatas status pemakanan kanak-kanak jalanan membekalkan maklumat yang tepat berkenaan kualiti dan kuantiti diet dan pertumbuhan dari bagi kanak-kanak jalanan dan ini penting dalam membina langkah intervensi untuk mengatasi masalah kesihatan terutamanya bagi kanak-kanak sejagat. Objektif kajian ini adalah mengkaji kesahihan data pengambilan diet yang diperolehi dari kanak-kanak jalanan dan untuk mengetahui status pemakanan kanak-kanak jalanan. Kanak-kanak jalanan di Tawau dipilih secara rawak (n=24, 17 orang lelaki dan 7 orang perempuan, berumur 8 tahun hingga 16 tahun) telah melengkapkan ingatan semula 24jam secara temubual dan pengukuran antropometri. Bagi status tinggi mengikut umur, enam (25%) orang adalah normal, sebelas (29.2%) orang adalah kekurangan berat badan dan tujuh (45.8%) orang adalah terbantut (carta WHO, 2007) dengan tiada perbezaan signifikan, p=0.44 dalam pengambilan tenaga: 1200 ± 406, 1437±234, and 1200 ± 350 kcal/sehari. Bagi IJT mengikut umur, satu (4.2%) orang adalah lebih berat badan, sebelas (45.8%) orang adalah normal, sepuluh (41.7%) orang terbantut and dua (8.3%) orang adalah terbantut (WHO chart, 2007) dengan tiada perbezaan signifikan, p=0.36 dalam pengambilan tenaga: 1594, 1252 ± 308, 1360 ± 371, and 1673 ± 74 kcal/sehari. Pengambilan tenaga berbanding tahap saranan RNI adalah 61.5 ± 12.57%. Sepuluh orang subjek telah dikenalpasti sebagai under-reporter dengan pengambilan tenaga (min EI/BMR=0.96 ± 0.25). Keputusan kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan tepat kerana saiz hidangan tidak dapat ditentukan dengan tepat. Keputusan kajian juga hanya boleh menerangkan kewujudan status terbantut tapi tidak dapat disahkan tanpa kajian kohort. Walau bagaimanapun, hasil kajian juga dapat menerangkan status pemakanan kanakkanak jalanan. Kaedah rentas ingatan semula tidak bersesuaian digunakan untuk kanakkanak jalanan tetapi pengukuran antropometri tinggi dan berat sesuai digunakan untuk menentukan status pemakanan kanak-kanak jalanan di Tawau.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Food and nutrition, Nutritional status of street children, Quality and quantity of diet, Growth development of street children |
Subjects: | R Medicine > RC Internal medicine > RC31-1245 Internal medicine > RC581-951 Specialties of internal medicine > RC627.5-632 Metabolic diseases T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 05 Jun 2012 17:40 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 11:59 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4183 |
Actions (login required)
View Item |