Azmin Pullong (2020) Penilaian adat dan kepercayaan masyarakat Bajau dari perspektif Islam. UNSPECIFIED thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (577kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Adat dan kepercayaan disifatkan sebagai identiti suatu bangsa. Pengamalannya tampil sebagai medium dalam mengekpresikan pandang dunia para pendukungnya. Seiring pengamalan adat dan kepercayaan, pengamalan agama dilihat turut menjadi pencorak kepada landskap kehidupan masyarakat. Pengamalan kedua-dua entiti tersebut secara tidak langsung memaparkan kewujudan pengaruh antara satu sama lain. Impaknya, berlaku campur aduk antara agama dan adat sehingga menatijahkan pelbagai polemik dalam masyarakat seperti yang berlaku dalam konteks masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah. Oleh yang demikian, kajian ini difokuskan kepada adat dan kepercayaan masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah yang dilihat dari sudut pandang Islam. Objektif kajian ini ialah mengkaji adat dan kepercayaan masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah. Di samping itu, adat-adat tersebut perlu dianalisis berdasarkan beberapa instrumen atau sumber-sumber yang berautoriti dalam Islam seterusnya menentukan status adat terbabit sama ada mempunyai sandaran atau sebaliknya. Dalam pada itu, kajian ini diusahakan untuk merencanakan beberapa langkah penyesuaian dan penyelesaian terhadap adat dan kepercayaan yang dikesan bercanggah dengan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah temu bual (24 orang informan) dan observasi turut serta. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini mendapati, masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah masih mengamalkan pelbagai adat dan kepercayaan yang diwarisi sejak turun-temurun seperti adat nimbang, adat ngerak dan adat bangkai-bangkaian. Pengamalan adat dan kepercayaan ini didorong oleh pelbagai faktor terutamanya tuntutan kepercayaan, sosial dan agama sehingga memperlihatkan kecelaruan pada aspek status pengamalannya dalam Islam. Kajian ini turut mendapati beberapa amalan adat dan kepercayaan dalam masyarakat Bajau adalah bercanggah dengan syariat Islam yang memerlukan pengubahsuaian pada aspek kepercayaan mahupun pelaksanaan adatnya. Oleh yang demikian, kajian ini menampilkan pelbagai langkah penyesuaian dan penyelesaian secara komprehensif yang direncanakan berdasarkan situasi sebenar kelompok sasaran yang tampil sebagai model dakwah alternatif. Langkah-langkah penyesuaian dan penyelesaian tidak melibatkan penghapusan adat dan kepercayaan secara total, akan tetapi lebih berkonsepkan pengubahsuaian agar ia tampil sebagai amalan mesra syariat. Dapatan ini boleh dimanfaatkan oleh badan-badan dakwah terutamanya pihak jabatan agama Islam dalam usaha dakwah membanteras amalan adat dan kepercayaan yang bercanggah dengan syariat Islam.
Item Type: | Thesis (UNSPECIFIED) |
---|---|
Keyword: | Adat, Kepercayaan, Masyarakat, Bajau, Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 10 Dec 2024 10:48 |
Last Modified: | 10 Dec 2024 10:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41897 |
Actions (login required)
View Item |