Mawarni Abdullah (2007) Geologi am dan geologi struktur kawasan Selatan Kuala Abai Kota Belud, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000394.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kawasan kajian terletak di kawasan Kuala Abai yang terletak di barat daya Pekan Kota Belud dan garisan latitudnya ialah 06° 17'U bingga 06° 20'U dan garisan longitud 116° 18'T bingga 116° 25'T. Unit batuan di kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia Bosen - Miosen awal dan endapan aluvium yang berusia Kuaterner. Unit batuan Formasi Crocker di kawasan kajian terdiri daripada unit batu pasir tebal dan unit selang lapis batu pasir dengan syal nipis. Secara amnya, kawasan kajian telah mengalami canggaan akibat daya mampatan tektonik yang berarah baratlaut - tenggara. Daya mampatan ini menyebabkan pembentukan tren struktur timurlaut - baratdaya bagi Unearnen positif, antiklin dan sesar sungkup di kawasan kajian. Hasil daripada analisis struktur dan himpunan arab daya tegasan penyebab struktur bagi lipatan dan sesar sungkup menunjukkan arah daya mampatan berjulat di antara U308°T - U352°T bagi arah barat laut dan U122°T - U172°T bagi arah tenggara. Analisis sesar normal dan kekar menunjukkan daya tegangan bertindak pada arab timurlaut - barat daya yang berjulat di antara U6°T - U7°T bagi arah timurlaut dan U240°T - U250°T bagi arah baratdaya. Didapati bahawa sesar sungkup dan lipatan menunjukkan julat orientasi daya mampatan yang selari dengan arah daya canggaan iaitu baratlaut - tenggara manakala sesar normal dan kekar menunjukkan julat orientasi daya tegangan ke arah timurlaut - barat daya yang berserenjang dengan arah daya canggaan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | General geology, Crocker formation, Sandstone, Quaternary alluvial deposits, Kuala Abai, Kota Belud, Sabah |
Subjects: | Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 13 Jan 2012 17:12 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 10:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/420 |
Actions (login required)
View Item |