Mohd Sazaly Basarian (2018) Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan terpilih dengan menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik di Sabah, Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (393kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (30MB) |
Abstract
Secara keseluruhan Negeri Sabah di bina oleh beberapa kumpulan batuan yang utama iaitu jujukan Ofiolit yang diwakili oleh Formasi Cert-Spilit, kumpulan batuan Paleogen yang diwakili oleh Formasi Crocker, Melanj yang diwakili oleh Formasi Wariu, kumpulan batuan Neogen yang diwakili oleh Formasi Sandakan, kumpulan batuan volkanik Pleistosen dan yang terakhir adalah aluvium. Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan ini menggunakan peralatan dan kaedah geofizik iaitu ABEM Terrameter SAS 4000. Peralatan yang mengaplikasikan Hukum Ohm ini mencerap data keberintangan geoelektrik di bawah garis survei dengan menyuntik arus elektrik secara terkawal yang dibekalkan oleh bateri 12 volt. Arus elektrik yang dialirkan dari alat geofizik bertindak sebagai alat pemancar akan melalui kabel pelbagai teras dan akan memasuki ke bawah permukaan tanah melalui satu siri susunatur elektrod pole-dipole. Nilai keberintangan bawah permukaan yang dicerap ini akan di rekod dan di plot dalam bentuk keratan rentas yang seterusnya boleh di tafsir untuk meramal dan menentukan potensi air bawah tanah di kawasan kajian. Untuk kajian ini tiga kategori julat keberintangan yang digunakan untuk menentukan air bawah tanah iaitu keberintangan rendah (1-10 Ω.m), keberintangan sederhana (10-110 Ω.m) dan keberintangan tinggi (>110 Ω.m). Nilai keberintangan sederhana dijadikan sebagai rujukan untuk kehadiran air bawah tanah. Formasi Cert-Spilit pada kawasan kajian Mostyn, Kunak di dapati tidak mempunyai potensi air bawah tanah walaupun dapat mengesan keberintangan sederhana (9.83-96.75 Ω.m dan 7.72-63 Ω.m). Ini adalah disebabkan oleh kawasan ini di dominasi oleh batuan basalt yang tidak telap air. Formasi Crocker pula menunjukkan ciri-ciri akuifer yang sangat baik untuk kesemua garis survei di mana pembinaan telaga tiub pada kawasan yang mempunyai keberintangan sederhana (10-110 Ω.m) menemui air bawah tanah. Di Penimbawan, Tuaran pula dapat mengesan intrusi air laut yang mempunyai nilai keberintangan <1 Ω.m. Pembinaan telaga tiub selepas kajian geofizik pada Formasi Crocker menguatkan lagi hujah bahawa Formasi Crocker mempunyai ciri-ciri akuifer yang sangat baik. Formasi Wariu yang berada pada Melanj pula ditafsirkan sebagai formasi geologi yang tidak mempunyai potensi air bawah tanah kerana ianya terdiri daripada blok batuan dalam matriks lumpur. Walaupun nilai keberintangan sederhana 11.68-92.18 Ω.m, 10.52-115.47 Ω.m dan 8.52-104.7 Ω.m dikesan namun ianya tidak mempunyai potensi yang baik untuk air bawah tanah. Keadaan ini dapat diperhatikan pada telaga tiub yang telah merosot luahan airnya dan ada ketikanya kering. Formasi Sandakan yang mempunyai nilai keberintangan 9.28-95.85 Ω.m dan 13.31-94.42 Ω.m menunjukkan ciri-ciri potensi akuifer dalam tanah liat berpasir. Namun pembuktian tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan lubang gerudi. Batuan volkanik Pleistosen di Bukit Quoin, Tawau pula menunjukkan ciri-ciri akuifer yang amat baik dengan nilai 7.81-92.30 Ω.m dan 11.20-85.30 Ω.m merupakan nilai keberintangan endapan Kuaterner yang kaya dengan air bawah tanah. Kawasan aluvium di Sodomon, Keningau yang mempunyai keberintangan 9.68-107 Ω.m dan 11.77-121.69 Ω.m menunjukkan ciri akuifer yang baik di mana aluvium yang terdiri dari pasir mempunyai keporosan primer. Kaedah keberintangan geoelektrik ini sangat sesuai kerana nilai keberintangan batuan dan kehadiran air dalam batuan adalah ketara dan senang untuk mengenal pasti air bawah tanah dengan melakukan tafsiran terhadap data keberintangan geoelektrik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Geofizik, Keberintangan geoelektrik, Air bawah tanah, Akuifer, Kaji tanah, Kajian geofizik |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB651-2998 Hydrology. Water > GB980-2998 Ground and surface waters > GB1001-1199.8 Groundwater. Hydrogeology Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE420-499 Petrology |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 16 Dec 2024 12:08 |
Last Modified: | 16 Dec 2024 12:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42233 |
Actions (login required)
View Item |