Hariana A. Ahong (2019) Peranan pegawai fasilinus, kepimpinan pentadbir sekolah dan sumbangan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (504kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan pegawai fasilitator LINUS, kepimpinan pentadbir sekolah dan sumbangan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan yang melibatkan 52 buah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu dan sampel kajian dikira berdasarkan rumus Cochran. Minimum sampel yang diperlukan adalah 264 orang tetapi kajian ini telah mengambil 350 orang guru sebagai sampel kajian untuk memastikan ketepatan data. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang dihasilkan sendiri oleh pengkaji dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statiscal Package For Social Science (SPSS). Dapatan kajian analisis deskriptif mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan pelaksanaan program LINUS di sekolah berdasarkan faktor demografi. Manakala dapatan kajian analisis inferens mendapati bahawa terdapat hubungan yang kuat antara peranan pegawai fasilitator LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS. Dapatan kajian juga mendapati bahawa hubungan yang sangat kuat antara kepimpinan pentadbir sekolah dan sumbangan guru LINUS serta mempunyai pengaruh terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Pegawai fasilitator LINUS, Pentadbir sekolah, Guru LINUS, Pelaksanaan program LINUS |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 18 Dec 2024 15:30 |
Last Modified: | 18 Dec 2024 15:30 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42329 |
Actions (login required)
View Item |