Ng, Kah Ling (2009) Taraf pemakanan penduduk kampung yang miskin di Penampang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000588.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Suatu kajian hirisan rintang telah dijalankan di Kampung Pogunon, Penampang, Sabah (n=30, lelaki=14, perempuan=16, umur: 40.6 ± 9.4tahun). Taraf pendapatan rendah ditentukan oleh petunjuk sosio-ekonomi yang ditaksirkan dengan menggunakan soal-selidik. Pengambilan diet ditaksir oleh interviewer-administered food frequency questionnaire (FFQ) dan tiga hari peringatan diet 24-jam (24J). Indeks Jisim Tubuh (UT) dikira. Basal Metabolic Rate (BMR) dianggar dengan persamaan ramalan (Ismail et aI., 1998). Pengambilan tenaga bagi under-reporters ditentu menggunakan titik potong pada < 1.2*BMR dan over-reporters pada >2.0*BMR untuk FFQ dan 24J. Kedua-dua kaedah tidak mempunyai perhubungan (x², p= 0.07). Pengambilan tenaga yang dilapor dari FFQ oleh bias-reporters mempunyai perbezaan nyata dengan good reporters (p= 0.0001, min= 1211kcal/hari, maks= 9593kcal/hari). Pengambilan tenaga yang dilapor dari 24J oleh bias-reporters tidak mempunyai perbezaan nyata dengan good reporters (p=0.122; min=1183kcal/hari, maks=2994kcal/hari), jadi, data 24J bagi setiap subjek telah dimasukkan dalam analisis manakala data FFQ digunakan untuk menunjukkan kekerapan pengambilan pelbagai jenis makanan. Peratusan subjek yang dikategorikan sebagai kurang berat, normal dan lebih berat adalah 6.7%, 83.3% dan 10.0% masing-masing. FFQ dan 24J membuktikan bahawa pengambilan protein, niasin dan vitamin C adalah mencukupi jika dibandingkan dengan Recommended Nutrient Intake (RNI). Terdapat 6.7% subjek memenuhi RNI bagi tenaga, 56.7% mencapai RNI bagi vitamin C dan 66.7% bagi ferum berdasarkan 24J mereka. Pemilikan aset seperti rumah dan mesin basuh tidak boleh dijadikan peramal bagi taraf pemakanan yang rendah (x², p>0.05). Kesimpulannya, tiga hari 24J lebih boleh dipercayai daripada FFQ untuk menaksir pengambilan diet penduduk kampung yang miskin di Sabah. Anemia kekurangan ferum berkemungkinan tersebar luas, tetapi ini memerlukan kajian yang selanjutnya seperti persampelan bagi hemoglobin dan serum ferritin.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Food and nutrition, Daily dietary intake, Low income residents, Kampung Pogunon, Penampang |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 18 Jun 2012 17:49 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 11:50 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4233 |
Actions (login required)
View Item |