Pengaruh motivasi dan peluang pembelajaran dalam penumpukan budaya belajar pelajar

Norisah Samutu (2012) Pengaruh motivasi dan peluang pembelajaran dalam penumpukan budaya belajar pelajar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (564kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Tumpuan kajian adalah bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh motivasi dan peluang pembelajaran terhadap budaya belajar pelajar. Teori Hirarki Keperluan Maslow (1970), Teori Pelaziman Klasik Pavlov dan Thondike (Tyler, 1997), Teori Behaviorisme dan Teori Pembelajaran Sosial (Ramlah dan Mahani,2004), Teori Humanistik dan kognitif (Ramlah dan Mahani, 2004) Model Pembelajaran Taba (Taba, 1962), Model Pemupukan Budaya Belajar (Faridah et al., 2005), Model Pola Budaya Hofstede (1991) dan model motivasi Pembelajaran (Ahmad Zabidi, 2006) digunakan sebagai platform utama dalam kajian ini. Kaedah kajian tinjauan ini melibatkan sampel dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan enam bawah di sekolah menengah bandar di Sabah. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu ciri demografi, skala budaya belajar pelajar, skala motivasi pembelajaran dan skala peluang pembelajaran. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for window Versi 17. Analisis skor min, analisis univariat (ANOVA) dan pelbagai variat (korelasi Pearson, analisis regresi linear) digunakan bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p < .05. Keputusan ujian menunjukkan tahap motivasi (m=3.37), peluang pembelajaran (m=3.24) dan budaya belajar pelajar (m=3.38) berada pada tahap kurang memuaskan. Keputusan ujian juga menunjukkan terdapatnya perbezaan skor min yang signifikan dalam motivasi, peluang pembelajaran dan budaya belajar pelajar berdasarkan demografi yang telah diberi tumpuan. Keputusan ujian korelasi Pearson (r) juga menunjukkan terdapat korelasi positif yang signifikan antara elemen variabel terlibat dan variabel-variabel yang terlibat iaitu motivasi (r=.291, p<.01) dan peluang pembelajaran (r=.330, p<.01) dengan budaya belajar. Keputusan ujian regresi juga menunjukkan terdapatnya pengaruh variabelvariabel bebas terhadap variabel bersandar yang difokuskan. Hasil ujian analisis regresi menjelaskan motivasi (R²=.085, ß=.291, p<.05) dan peluang pembelajaran (R²=.109, ß=.330, p<.05) menyumbangkan pengaruh terhadap pemupukan budaya belajar dalam kalangan pelajar. Keputusan ujian ini menjelaskan bahawa motivasi dan peluang pembelajaran merupakan peramal yang perlu diberi perhatian kerana berupaya membentuk budaya belajar pelajar. Oleh itu perbezaan ciri demografi sampel kajian dan korelasi antara variabel kajian tidak harus dipinggirkan dalam pemupukan budaya belajar pelajar. Selain itu, kajian ini turut melihat kepentingan motivasi dan peluang pembelajaran pelajar sebagai salah satu faktor yang mampu menyumbangkan pengaruh terhadap pemupukan budaya belajar dalam kalangan pelajar di sekolah menengah bandar di Sabah. Secara amnya, dapatan kajian ini adalah konsisten dan menyokong kerangka teoritikal yang digunakan dalam kajian.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Motivasi pembelajaran, Peluang pembelajaran, Budaya belajar, Sekolah menengah bandar, Teori hirarki keperluan Maslow
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Jan 2025 16:03
Last Modified: 13 Jan 2025 16:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42538

Actions (login required)

View Item View Item