Nurul Najwa Mohamad (2020) Perkembangan bunga dan propagasi secara in vitro renanthere bella J.J. Wood, orkid endemik di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (950kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (18MB) |
Abstract
Renanthera be/la J. J Wood sejenis orkid endemik yang boleh ditemui di Gunung Kinabalu. Renanthera be/la telah disenaraikan sebagai spesies terancam pada Lampiran 1 di (CITES), kerana ancaman pemusnahan habitat asal dan pengumpulan orkid secara berlebihan. Oleh itu, propagasi in vitro menawarkan kaedah yang berkesan untuk pengeluaran berskala besar dari segi percambahan, pertumbuhan dan perkembangan orkid. Kebanyakan percambahan biji benih orkid dipengaruhi oleh kematangan kapsul. Apabila keadaan percambahan benih yang sesuai akan dinilai, adalah penting untuk mengetahui tahap perkembangan bunga termasuk proses kematangan kapsul dari pendebungaan hingga pembukaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mendokumentasi pola perkembangan organ bunga menggunakan mikroskop pengimbas elektron. Kajian ini juga dijalankan bagi melihat kesan media asas (MS, KC dan VW) terhadap percambahan biji benih dan kesan kepekatan pengawalatur pertumbuhan tumbuhan NAA dan BAP terhadap proliferasi dan perkembangan protokorm. Pemerhatian ke atas perkembangan bunga menunjukkan infloresen bunga berkembang secara akropetal dan menghasilkan jambak bunga jenis raceme. Perkembangan bunga R. be/la yang matang lengkap pada hari ke 38 dengan purata panjang petal dan sepal meningkat dengan purata panjang 2.49±0.23 cm dan diameter 0.38±0.07 cm. Kapsul yang berumur 110 hari selepas pendebungaan (HSP) memberikan percambahan tertinggi iaitu 77.62±2.66 selepas 150 hari tempoh pengkulturan. Ujian daya maju biji benih menggunakan 2,3,5-triphenyltetrazolium klorida juga menunjukkan biji benih berumur 110 HSP memberikan kesan pewarnaan embrio yang terbaik dengan iaitu sebanyak 93.41 % dalam media asas KC berbanding 90 OAP (26.86%). Penambahan 20 g/L homogenat pisang pada media asas KC meningkatkan lagi kadar percambahan biji benih iaitu sebanyak 81.83±9.76. Kajian proliferasi protokorm menunjukkan protokorm berproliferasi selepas 48 hari pengkulturan pada media rawatan tunggal 0.5 mg/L NAA dengan 60.00±6.67. Kombinasi rawatan 0.5 mg/L NAA+0.5 mg/L BAP memberi keputusan yang efektif terhadap proliferasi protokorm dengan 52.00±6.32 selepas 150 hari pengkulturan. Peratus tertinggi perkembangan protokorm pada media 2.5 mg/L BAP dengan protokorm membentuk daun (60.00±6.67) dan akar (6.60±1.91). Sementara itu, kombinasi media rawatan 0.5 mg/L NAA+ 2.Smg/L BAP menunjukkan peratus perkembangan yang terbaik dengan pembentukan daun sebanyak 46.00±6.99 selepas 150 hari pengkulturan dan hanya media 0.5 mg/L NAA + 1.5 BAP yang membentuk akar (6.00±6.99). Penggunaan hormon tunggal lebih memberi kesan yang baik terhadap proliferasi dan perkembangan protokorm berbanding kombinasi. Induksi kalus daripada protokorm yang dipotong menunjukkan induksi yang terbaik pada media 3.0 mg/L TDZ yang disimpan dibawah 24 jam cahaya dengan nilai 75.00±5.59 sementara pengekalan kalus pula dilihat memberi peratus pengekalan yang tinggi pada media asas KC dengan kekuatan 1/2X dengan peratus sebanyak 25.00±8.78. Kejayaan membangunkan teknik propagasi in vitro spesies R. be/la akan bermanfaat untuk pemuliharaan orkid endemik di Sabah
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Renanthera bella, Orchid endemic, Gunung Kinabalu, Endangered species, CITES Appendix I, In vitro propagation, Seed germination |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK495 Angiosperms |
Department: | INSTITUTE > Institute for Tropical Biology and Conservation |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 17 Jan 2025 14:19 |
Last Modified: | 17 Jan 2025 14:19 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42622 |
Actions (login required)
View Item |