Mohammad Tahir Mapa and Adi Jafar and Abdul hair beddu assis and Fionna George and Nordin Sakke (2024) Pengetahuan dan strategi pelupusan e-sisa dalam kalangan penduduk kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah, Malaysia. Jurnal Kinabalu, 30. pp. 1-14. ISSN 2600-867X
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (405kB) | Request a copy |
Abstract
Sisa elektronik, yang dikenali sebagai e-sisa dalam kalangan akademik, mengalami peningkatan yang ketara berbanding bentuk sisa lain. Pada masa kini, isu e-sisa merupakan antara isu yang paling mendesak selain daripada sisa domestik yang lain. Salah satu cabaran terbesar dalam pengurusan sisa pepejal ialah peningkatan jenis sisa iaitu e-sisa, yang memberi tekanan kepada tapak pelupusan sampah. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan dan kesedaran serta kaedah pelupusan e-sisa yang diamalkan oleh responden. Kajian ini menggunakan data yang dikumpul melalui satu set soal selidik. Seramai 300 responden telah dipilih secara rawak di kawasan kajian iaitu di Kampung Bangau-Bangau, Semporna Sabah. Data yang diperolehi dianlisis secara deskriptif dan didapati bahawa peralatan elektrik dan elektronik seperti televisyen, komputer, komputer riba, penghawa dingin, mesin basuh, telefon bimbit, ketuhar dan peti sejuk dimiliki oleh hampir 80 peratus responden. Mengenai cara menguruskan sisa peralatan yang telah rosak, 50% responden (150 individu) membuang ke dalam tong sampah biasa dengan 46% daripada mereka melakukannya kerana kekurangan pengetahuan mengenai amalan pengurusan dan pelupusan e-sisa yang betul. 55% responden mengetahui konsep e-sisa dan sumber utama maklumat datangnya dari iklan dengan 41.3% mengetahuinya melalui kempen. Oleh itu, adalah perlu untuk pihak berwajib mengambil langkah drastik dalam mendidik dan merangsang penduduk untuk terlibat sama dalam menguurus e-sisa dengan baik. Jika ini gagal dilaksanakan, dikhuatiri tapak pelupusan sampah akan dipenuhi dengan lambakan e-sisa yang diketahui sangat berbahaya kepada alam sekitar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | E-sisa, orang awam, pengetahuan, pelupusan, Semporna, Sabah |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology > GN301-674 Ethnology. Social and cultural anthropology S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S590-599.9 Soils. Soil science Including soil surveys, soil chemistry, soil structure, soil-plant relationships |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 14 Jan 2025 17:34 |
Last Modified: | 14 Jan 2025 17:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42631 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |