Pandemik covid-19 dan golongan B40 di Malaysia: kajian terhadap impak dan strategi (2020-2021)

Emma Tingkas and Maureen De Silva (2024) Pandemik covid-19 dan golongan B40 di Malaysia: kajian terhadap impak dan strategi (2020-2021). Jurnal Kinabalu, 30. pp. 1-17.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (353kB) | Request a copy

Abstract

Pandemik COVID-19 telah membawa cabaran besar kepada golongan B40 di Malaysia, terutamanya dalam konteks kenaikan harga bekalan makanan. Golongan ini, yang secara tradisinya paling rentan terhadap perubahan ekonomi, menghadapi kesukaran yang luar biasa apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan virus. Penutupan sektor-sektor ekonomi yang kritikal menyebabkan ramai daripada golongan B40 kehilangan punca pendapatan utama mereka, yang seterusnya menjejaskan kebolehmampuan mereka untuk menyediakan makanan yang mencukupi dan berkhasiat bagi keluarga mereka. Kertas kerja ini bertujuan untuk menilai impak kenaikan harga makanan akibat pandemik terhadap golongan B40 serta menilai keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu mereka mengatasi cabaran ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen sebagai metodologi utama, merujuk kepada artikel-artikel dan kajian terdahulu yang relevan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa meskipun langkah-langkah seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana Kerjaya) memberikan bantuan sementara, ia tidak mencukupi untuk menangani cabaran jangka panjang yang dihadapi oleh golongan B40. Kenaikan harga makanan yang lebih cepat daripada peningkatan pendapatan telah menyebabkan golongan ini terpaksa mengorbankan kualiti pemakanan, yang boleh membawa kepada masalah kesihatan jangka panjang. Kajian ini menegaskan keperluan untuk strategi yang lebih berkesan dan berkelanjutan bagi memastikan golongan B40 tidak terus terpinggir dalam menghadapi cabaran sosioekonomi pasca-pandemik.

Item Type: Article
Keyword: Pandemik COVID-19, golongan B40, sekuriti makanan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kenaikan harga makanan
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA601-602 Food and food supply in relation to public health
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Jan 2025 14:45
Last Modified: 17 Jan 2025 14:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42684

Actions (login required)

View Item View Item