Konflik dan penyelesaian dalam menjaga kualiti pendidikan pelajar selepas pemansuhan UPSR dan peningkatan tahap silibus

Siti Nur Fatihah and Balqis Batrisyia Noor Hisham and Lareniya Oam Sivalingam and Dionysia Grace Pailin and Fatin Najwa Hashim and Mazni Mustapha (2024) Konflik dan penyelesaian dalam menjaga kualiti pendidikan pelajar selepas pemansuhan UPSR dan peningkatan tahap silibus. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 8. pp. 109-118.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (366kB) | Request a copy

Abstract

Pemansuhan UPSR, seiring dengan peningkatan tahap silibus dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah satu perubahan besar yang masih berada di takuk penyesuaian dalam kalangan pendidik sekolah rendah dan ibu bapa, serta murid-murid. Kajian terdahulu terhadap keberkesanaan menggunapakai sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menunjukkan reaksi yang kurang memuaskan dalam kalangan pendidik dan juga ibu bapa akibat kurangnya keyakinan terhadap sistem PBD ini, kekeliruan dalam perlaksanaan dan kurang kemahiran dalam mengendalikan sistem ini secara berkesan. Kajian temubual secara separuh berstruktur telah dijalankan ke atas tiga orang guru sekolah rendah dan tiga orang ibu bapa kepada murid di Tahun 6 di beberapa negeri di Malaysia. Keputusan kajian menujukkan bahawa ibu bapa masih kurang memahami motif pemansuhan UPSR dan sejauh mana penilaian baharu (PBD) ini boleh mengukur pencapaian akademik anak-anak mereka. Guru-guru pula berpendapat bahawa perubahan ini sebagai sesuatu yang perlu diterima dan sedar mengenai cabaran yang perlu mereka hadapi, iaitu pengubahsuaian terhadap keadah penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)agar sejajar dengan peningkatan silibus. Walaupun pemansuhan UPSR mengurangkan beban kerja dan kesihatan mental pelajar, kesediaan dalam kalangan ibu bapa masih berada di tahap yang rendah. Justeru, pelaksanaan proses P&P yang berkesan adalah sangat kritikal bagi memastikan kualiti pendidikan di Malaysia yang lebih baik.

Item Type: Article
Keyword: Pemansuhan UPSR, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Sekolah rendah, Ibu bapa, Tahun 6
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1501-1547 Primary education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Social Work
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Jan 2025 14:26
Last Modified: 23 Jan 2025 14:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42725

Actions (login required)

View Item View Item