Kajian banjir di daerah Tenom, Sabah

Wong, Fui Peng (2013) Kajian banjir di daerah Tenom, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (300kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (33MB)

Abstract

Kawasan kajian terletak di Daerah Tenom iaitu di Pedalaman Sabah dengan keluasan 445 km2. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker, Endapan Aluvium Pleistosen dan Endapan Aluvium Holosen. Dua jenis banjir telah dikenalpasti di kawasan kajian iaitu banjir kilat dan banjir monsun. Kedua-dua jenis banjir ini dipengaruhi oleh proses semulajadi dan aktiviti manusia. Banjir kilat dipengaruhi oleh topografi yang rendah, morfologi sungai, alur sungai yang kecil dan cetek serta sistem perparitan yang kurang efektif. Banjir monsun dipengaruhi oleh kawasan tadahan yang sangat besar, topografi yang rendah, morfologi sungai yang bermeander dan sungai yang agak cetek. Di lokasi analisis yang berkeluasan 59 km2 iaitu terletak di tengah kawasan kajian, Banjir Kecil berlaku pada paras 176 meter meliputi kawasan seluas 382.4 hektar, infrastruktur; 5.2 hektar, tanaman; 175.5 hektar dan berlaku berdekatan tebing sungai di tengah lokasi analisis dan juga di Sungai Padas iaitu Kampung Lintong dan Sapong. Banjir Sederhana berlaku pada paras 178 meter meliputi kawasan seluas 1854.5 hektar, infrastruktur; 46.0 hektar, tanaman; 821.0 hektar dan berlaku secara meluas di Timur Sungai Padas iaitu di Kampung Binsilon, Kampung Lintong dan Kampung Mentalik. Selain itu, keluasan banjir di Barat Sungai Pegalan lebih ketara berbanding Timur Sungai Pegalan. Banjir Besar berlaku pada paras 180 meter meliputi kawasan seluas 3014.5 hektar, infrastruktur; 120.2 hektar, tanaman; 1402.0 hektar dan melanda dengan luas di Timur Sungai Padas dan Barat Sungai Pegalan. Selari dengan tiga senario di atas, kawasan berpotensi banjir berlaku pada paras 180-181 meter meliputi kawasan seluas 363.9 hektar, infrastruktur; 28.3 hektar, tanaman; 217.2 hektar dan berpotensi melanda sebahagian besar di Utara lokasi analisis terutamanya di sebelah Timur Sungai Pegalan. Analisis tahap keseriusan banjir di lokasi analisis mendapati kategori Sangat Rendah (Hijau) mempunyai 171 zon, kategori Rendah (Hijau Muda) mempunyai 1447 zon, kategori Sederhana (Kuning) mempunyai 1906 zon, kategori Tinggi (Jingga) mempunyai 393 zon dan tidak terdapat sebarang zon dalam kategori Sangat Tinggi (Merah). Selain itu, kategori Tinggi mempunyai infrastruktur seluas 5.3 hektar, tanaman seluas 194.5 hektar dan terletak di Sungai Padas terutamanya di Sapong dan Kampung Lintong.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Flood analysis, Flash floods, Monsoon floods, Flood severity, River morphology, Catchment areas, Hydrology
Subjects: T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering > TC1-978 Hydraulic engineering > TC530-537 River protective works. Regulation. Flood control
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 04 Mar 2025 07:46
Last Modified: 04 Mar 2025 07:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42944

Actions (login required)

View Item View Item