Analisis literatur sistematik terhadap sekuriti makanan halalan tayyiban: Kajian kes di daerah Kota Kinabalu, Sabah

Azira Asung and Syamsul Azizul Marinsah and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin (2024) Analisis literatur sistematik terhadap sekuriti makanan halalan tayyiban: Kajian kes di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 9. pp. 1-11. ISSN 0128-1755

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (454kB) | Request a copy

Abstract

Isu mengenai sekuriti makanan ini menjadi antara isu yang hangat dibicarakan secara global tidak terkecuali di Malaysia kerana fungsinya menjadi kayu ukur kepada pembangunan sesebuah negara. Namun, Malaysia yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan memperkenalkan konsep yang bertepatan dengan perlembagaan iaitu sekuriti makanan yang berlandaskan halalan tayyiban. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi menganalisis pengukuhan sekuriti makanan halalan tayyiban di Malaysia khususnya di Kota Kinabalu, Sabah menggunakan analisis literatur sistematik. PRISMA digunakan sebagai kaedah bagi memproses literatur yang diperoleh daripada dua pangkalan data iaitu MyJurnal dan Scopus dengan mengambilkira 10 tahun penerbitan dari tahun 2015 hingga tahun 2024. Setelah melalukan proses saringan dan kelayakan, sebanyak 72 buah artikel yang layak untuk disentesis secara kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa perlu dilakukan gesaan bagi mewajibkan pensijilan halal kepada pemain industri makanan dan pengusaha makanan dalam langkah untuk memastikan keterjaminan sekuriti makanan halalan tayyiban. Diharapkan kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi para pengkaji dan pihak autoriti dalam usaha untuk mengukuhkan sekuriti makanan halalan tayyiban khususnya di Kota Kinabalu, Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Sekuriti Makanan, Halalan Tayyiban, Sabah.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades > HD9000-9495 Agricultural industries
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX642-840 Cooking
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 04 Mar 2025 07:58
Last Modified: 04 Mar 2025 07:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42998

Actions (login required)

View Item View Item