Balakrishnan Govinthasamy (2011) Penilaian proses pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam Kurikulum Sekolah Menengah di sebuah sekolah menengah di Daerah Tuaran, Sabah : satu kajian kes. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (473kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Pelaksanaan penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam kurikulum telah menjadi fokus pelaksanaan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pada pertengahan tahun 1990-an. Bermula dari tarikh ini projek penerapan KBKK telah menjadi satu usaha berterusan sehingga sekarang dan ini yang membuatkan pengkaji menilai keberkesanan aspek pelaksanaannya di sebuah sekolah menengah. Kajian kes pemerhatian di daerah Tuaran ini menganalisis dan menerangkan data berkaitan pelaksanaan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah. Pengkaji telah menyelidik soalan-soalan kajian berikut: Tanggapan guru-guru tentang pelaksanaan KBKK, cara guru-guru membuat perancangan untuk menerapkan KBKK, persediaan rancangan pengajaran guru untuk menerapkan KBKK di sekolah, dan cadangan guruguru untuk menerapkan KBKK dengan lebih berkesan. Dengan menggunakan model penilaian congruence oleh Stake (1969) sebagai asas utama, pengkaji berfokuskan aspek transaksi dalam membincangkan hasil dapatan kajian ini. Kajian ini melibatkan lima orang guru KBSM yang mengajar mata pelajaran teras sebagai peserta kajian di sebuah sekolah menengah bagi mendapatkan data-data berkaitan untuk memenuhi hasrat pengkaji. Meski pun terdapat banyak peluang untuk menerapkan elemen-elemen KBKK dalam kurikulum sekolah menengah, kajian ini membuktikan bahawa pelaksanaan KBKK di dalam kurikulum sekolah menengah di SMK Dahlia kurang menepati kehendak objektif-objektif penerapan KBKK yang telah ditetapkan oleh BPK. Sesi pemerhatian membuktikan bahawa hanya komponen pertama KBKK iaitu berfikir secara kritis diterapkan secara meluas; manakala komponen-komponen berikutnya iaitu berfikir secara kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat keputusan kurang dilaksanakan guru-guru peserta kajian ini. Hasil triangulasi data daripada temu bual bersama guru-guru peserta kajian, Pengetua sekolah dan beberapa pelajar terpilih juga membuktikan bahawa penerapan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah di SMK Dahlia menghadapi pelbagai cabaran. Kebanyakannya berpunca daripada sikap guruguru, pemahaman kandungan projek yang lemah oleh guru-guru dan Pengetua sekolah sendiri, serta kelemahan dari segi pemantauan perjalanan program dari pelbagai peringkat. Pengkaji telah mengetengahkan pelbagai cadangan kepada kesemua pihak yang terlibat dalam melaksanakan pelaksanaan KBKK untuk memikirkan strategistrategi tertentu dengan segera agar projek ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi. Memandangkan proses pemikiran merupakan perkara yang tidak boleh dipisahkan daripada kurikulum kebangsaan maka menyusun kembali strategi pelaksanaan yang berkesan adalah kunci kejayaan pelaksanaan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah masa akan datang.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Kurikulum sekolah menengah, Pelaksanaan KBKK, Perancangan pengajaran, Tanggapan guru, Penilaian congruence oleh Stake, Triangulasi data |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Mar 2025 09:58 |
Last Modified: | 11 Mar 2025 09:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43086 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |