Sherly@ Nurul Badriah Abdl Bagu and Musirin Mosin (2024) Pendekatan terbeza dalam pengajaran literasi bahasa melayu pelbagai kecerdasan pendidikan rendah.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (997kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bertujuan meneroka pendekatan terbeza dalam pengajaran literasi Bahasa Melayu pendidikan rendah. Pendekatan terbeza merupakan salah satu pendekatan yang penting dalam menghadapi arus perubahan pendidikan terkini. Idea Howard Gardner yang menyatakan individu mempunyai pelbagai kecerdasan seharusnya perlu ditangani dengan pendekatan yang berbeza. Justeru itu, guru perlu mengenal pasti gaya pembelajaran dan cara pengajaran yang bersesuaian dengan aras kebolehan murid. Kajian ini semakin relevan kerana tiada lagi pengasingan kelas dan murid berada dalam satu kelas bercampur. Streaming class telah dimansuhkan bermula pada tahun 2019. Kajian bertujuan untuk mengkaji bagaimana guru menggunakan pendekatan terbeza dalam pengajaran literasi Bahasa Melayu. Skop yang dikaji ialah bagaimana pendekatan terbeza dijalankan semasa mengajar kemahiran dengar tutur, membaca, menulis, seni bahasa dan tatabahasa. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian kualitatif. Kajian dijalankan di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Sampel kajian terdiri daripada 4 orang guru Bahasa Melayu tahap satu. Data dikumpul menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur dan anlisis dokumen. Pengkaji menggunakan analisis deskriptif iaitu hasil perbualan dinilai dari aspek kehendak objektif kajian yang dilaksanakan. Hasil dipersembahkan secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan guru Bahasa Melayu tahap satu dapat mengimplimentasikan pendekatan terbeza dalam pengajaran literasi Bahasa Melayu. Data temu bual turut memperlihatkan bahawa Pendekatan terbeza ini dapat merangsang literasi bahasa murid. Keseluruhannya, kajian ini ternyata memberi impak positif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan rendah meskipun terdapat beberapa cabarannya. Seharusnya semua pihak meneliti dan mengambil perhatian terhadap kepentingan pendekatan terbeza.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Pendekatan Terbeza, Pengajaran, Literasi Bahasa Melayu, Pendidikan Rendah |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL3512 Malaysian literature |
Department: | FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 12 Mar 2025 15:36 |
Last Modified: | 12 Mar 2025 15:36 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43152 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |