Dg Mar Ezzah binti Bakar and Musirin Mosin (2024) Seni bercerita, seni nyanyian dan seni lakonan dalam pengajaran bahasa melayu berdasarkan aspek fungsi dan implikasi: satu kajian di Sabah.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (866kB) | Request a copy |
Abstract
Kertas konsep ini adalah perihal kemahiran lisan yang dikaitkan melalui prinsip elemen seni bahasa iaitu seni bercerita, seni lakonan dan seni nyanyian dalam pengajaran bahasa melayu berdasarkan aspek fungsi dan implikasi sekolah rendah di sabah. Ini bertujuan untuk mengkaji fungsi dan implikasi seni bercerita, seni nyanyian dan seni lakonan dalam pengajaran bahasa melayu. Masalah yang sering dihadapi iaitu guru kurang berpengetahuan terhadap bidang pedagogi pengajaran bahasa melayu. Pemilihan responden secara bertujuan terdiri daripada enam orang guru yang mengajar bahasa melayu sekolah rendah di sabah. Pendekatan kajian kualitatif ini menggunakan kaedah fenomenomologi bagi membolehkan pengkaji menyelami dunia konseptual para responden secara mendalam di sebalik pengertian seni bercerita, seni lakonan dan seni nyanyian yang dikembangkan oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Teknik pengumpulan data dilaksanakan dengan cara pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual secara mendalam. Sehubungan itu, guru-guru bahasa melayu dijangka memperolehi pengetahuan baru dalam bahasa melayu. Implikasinya, guru-guru berpengetahuan tinggi dalam bidang pedagogi melalui penerapan seni bercerita, seni lakonan dan seni nyanyian yang tepat berdasarkan teori kreativiti dan model pedagogi terbeza.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Seni Bercerita, Seni Lakonan, Seni Nyanyian, Fungsi, Implikasi, Teori Kreativiti, Model Pedagogi Terbeza |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL3512 Malaysian literature |
Department: | FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 12 Mar 2025 15:37 |
Last Modified: | 12 Mar 2025 15:37 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43155 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |