Pembangunan sistem pemantauan tugas berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengurusan sekolah: cadangan kajian

Jasron Jasnor and Christina Andin and Mad Noor Madjapuni (2024) Pembangunan sistem pemantauan tugas berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengurusan sekolah: cadangan kajian.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (956kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini merupakan satu inisiatif untuk membangunkan Sistem Pemantauan Tugas (SPT) dalam pengurusan sekolah. Walaupun terdapat perkembangan teknologi pesat dalam pengurusan, namun sekolah masih menggunakan pengurusan secara manual. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk membantu pengurusan sekolah yang lebih efektif dengan memanafaatkan aplikasi teknologi. Pembangunan SPT ini menggunakan pendekatan Design and Development Reserch (DDR) oleh Richey dan Klien (2007). Berdasarkan DDR, pembangunan SPT melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama adalah analisis keperluan. Pada fasa pertama, analisis keperluan akan dilaksanakan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Nur ain et al. (2024). Melalui kajian rintis, kebolehpercayaan item soal selidik telah diukur dan nilai Nilai Pekali Alpha Cronbach sebanyak 0.975 menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Fasa kedua melibatkan pembangunan dan reka bentuk. Pada fasa ini pembangunan SPT akan mengadaptasi beberapa sistem sedia ada seperti Sistem helpdesk ICT (ADUKOM) oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Fasa terakhir ialah fasa penilaian yang melibatkan ujilari sistem oleh pentadbir sekolah untuk menilai kebolehgunaan sistem dalam mempermudahkan pengurusan pemantauan tugas di sekolah. Pembangunan sistem ini boleh memberi manafaat dalam usaha terus memperkasakan pengurusan sekolah yang lebih bersistem berasaskan perkembangan teknologi semasa.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pengurusan, Sistem, Pemantauan, Sekolah
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Department: FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Mar 2025 15:39
Last Modified: 12 Mar 2025 15:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43164

Actions (login required)

View Item View Item