Mohamad Tahir Mapa and Md Saffie Abdul Rahim and Mustapa Abd Talip and Ramli Dollah and Listyo Yudha Irawan (2024) Kemudahan sanitasi (pengurusan sisa pepejal) di Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah, Malaysia. Quantum journal of social sciences and humanities, 5 (4). pp. 1-13. ISSN 1881-1941
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (452kB) | Request a copy |
Abstract
Manusia dan ekosistem adalah makhluk ciptaan Allah yang saling memerlukan antara satu sama lain. Manusia boleh hidup dimana-mana kawasan samada di bandar, kampung atau pun pulau. Keselesaan hidup manusia bergantung besar kepada kebersihan sesuatu tempat tinggal tidak kira dimana juga. Oleh itu, semua pihak samada kerajaan atau pun orang awam wajar memperhatikan perkara ini sebelum ianya menjadi masalah pada masa akan datang. Penduduk pulau acap kali tersisih dari arus pemodenan kemudahan awam seperti perkhidmatan kebersihan. Ketiadaan perhatian seperti yang diperolehi di kawasan bandar menjadikan penduduk tidak punya banyak pilihan melainkan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mengurus kebersihan persekitaran mereka. Kajian mengenai amalan pengurusan sisa dalam kalangan penduduk pulau wajar diketengahkan kerana ia mempunyai kaitan besar kepada kemampanan penduduk di pulau berkenaan. Kajian awal ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengenalpasti pengetahuan dan amalan pengurusan sisa dalam kalangan penduduk Pulau BumBum.70 orang responden dipilih secara rawak sebagai kajian awal untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Penduduk pulau masih memerlukan pengurusan sisa yang sistematik jika tidak amalan tradisi akan terus diamalkan dan ini akan mencemarkan persekitaran pulau dan juga hidupan laut. Oleh itu pihak berkuasa perli merangka pelan pengurusan yang sesuai untuk kawasan pulau.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pulau Bum-Bum, sisa pepejal, tingkah laku, Semporna, Sabah |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S590-599.9 Soils. Soil science Including soil surveys, soil chemistry, soil structure, soil-plant relationships T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD783-812.5 Municipal refuse. Solid wastes |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 19 Mar 2025 14:30 |
Last Modified: | 19 Mar 2025 14:30 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43260 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |