Junainah Jamaludin (2021) Pembangunan dan keberkesanan modul pengajaran inkuiri stem sains berasaskan model 5e dalam meningkatkan pencapaian dan sikap terhadap sains murid sekolah luar bandar. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (664kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pengintegrasian Model Pengajaran 5E dalam Modul Pengajaran Inkuiri STEM Sains Tahun Empat di sekolah rendah luar bandar Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri utama Modul Pengajaran Inkuiri STEM Sains yang diperlukan oleh guru-guru sekolah rendah luar bandar, membangunkan modul berdasarkan Model Pengajaran 5E dan meninjau keberkesanan modul dalam meningkatkan pencapaian dan sikap terhadap sains. Seramai 226 orang dilibatkan dalam kajian rintis dan 33 orang pelajar sekolah rendah dilibatkan dalam kajian sebenar. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dibuat melalui Model Pengukuran Rasch untuk item ujian melalui pemeriksaan pada kebolehpercayan item, pengasingan item, polariti, kesepadanan dan keseragaman item serta PLS-SEM untuk item soal selidik melalui pemeriksaan pada alfa cronbach, kesahan konvergen dan kesahan diskriminan. Pendekatan DDR modul bersandarkan Model ADDIE melibatkan tiga fasa iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan serta penilaian. Sebanyak tiga sub topik diuji dalam modul; Kemahiran Saintifik, Proses Pernafasan Manusia dan Sifat-sifat Bahan. Tinjauan keberkesanan modul ditentukan melalui Analisis Varian Satu Hala Pengukuran Berulangan. Ujian dilakukan dalam empat selang masa; ujian pra, pasca 1, pasca 2 dan pasca 3. Perbezaan signifikan dilihat pada skor min pada Sphericity Assumed atau Greenhouse-Geisser atau Huyn Feldt Ujian Pencapaian Sains bagi sub topik Kemahiran Saintifik, Proses Pernafasan Manusia dan Sifat-sifat Bahan. Perbezaan signifikan dikenalpasti pada min skor konstruk sikap terhadap sains untuk keenamenam konstruk. Implikasi kajian ini adalah kesesuaian sumber dan kebolehan akses yang digunakan dalam pengajaran di luar bandar penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian dalam mengenalpasti sumber-sumber pengajaran secara komprehensif di luar bandar perlu diteruskan dalam memastikan pencapaian dan sikap positif pelajar terhadap STEM.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Modul Pengajaran Inkuiri, Model Pengajaran 5E, STEM, Pencapaian sains, Sikap terhadap sains, PLS SEM, Model Pengukuran Rasch, Analisis Varian Sehala bagi Pengukuran Berulangan, Sekolah rendah luar bandar |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 25 Mar 2025 10:07 |
Last Modified: | 25 Mar 2025 10:07 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43316 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |