UNSPECIFIED (2014) Pengurusan pengajaran guru mata pelajaran bahasa Malaysia kertas penulisan di sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES..pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di wilayah persekutuan labuan. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti bentuk pengurusan pengajaran guru bahasa malaysia kertas penulisan sehingga boleh mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR tiga tahun berturut-turut bermula dari tahun 2011 hingga 2013. Kajian bertujuan mengenal pasti cara pengurusan pengajaran guru dalam melaksanakan pengajaran di dalam kelas. kajian turut mengenalpasti bagaimana proses pengajaran guru dilaksanakan semasa di dalam kelas. kajian juga mengenalpasti faktor-faktor yang membawa kecemerlangan dalam pencapaian peperiksaan UPSR sekolah tersebut berdasarkan kaedah pengurusan pengajaran yang dilaksanakan. Pengkaji menggunakan k:aedah pemerhatian semasa guru mengajar, di samping melihat kaedah pengajaran yang digunakan sewaktu sesi pengajaran dilaksanakan. Sesi temubual juga dijalankan yang melibatkan 2 orang informan yang terdiri daripada guru yang mengajara mata pelajaran bahasa malaysia kertas dua yang telah membawa kecemerlangan di peringkat negeri dalam peperiksaan UPSR sekolah berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa, terdapat 3 cabang u tama cara pengurusan pengajaran guru iaitu darisegi perancangan, persediaan serta perlaksanaan sebelum dan selepas proses pengajaran. Kajian turut mendapati bahawa pengurusan pembelajaran murid dan pengurusan pengajaran guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran yang terbaik yang membawa hasil yang terbaik. Untuk mencapai kecemerlangan dalam pencapaian penilaian, hubungan dua hala yang baik antara pihak dalaman dan pihak luar membawa kepada kecemerlangan kerana hubungan baik ini menjadi pehghubung yang erat antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam memberikan proses pengajaran yang terbaik kepada murid.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Pengurusan pengajaran, Kecemerlangan UPSR, Bahasa malaysia kertas penulisan, Perancangan pengajaran, Pengajaran dan pembelajaran, Kerjasama sekolah dan ibu bapa |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Apr 2025 11:28 |
Last Modified: | 07 Apr 2025 11:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43351 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |