Azalina Abdul Wahap (2013) Konteks, input, proses dan hasil penggunaan kaedah illustrasi komik terhadap pelajar tingkatan empat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah di salah sebuah sekolah di daerah Papar: satu kajian kes. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
ABSTRACT.pdf Download (209kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai konteks, input, proses dan hasil penggunaan kaedah ilustrasi komik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di salah sebuah sekolah di daerah Papar. Sabah. Seramai enam orang pelajar tingkatan Empat iaitu pelajar dari tingkatan empat A, empat B dan Empat C dipilih sebagai informan dalam kajian ini. Objektif kajian adalah menilai konteks, input,pelaksanaan dan hasil penggunaan kaedah ilustrasi komik dalam pengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan empat melalui Model CIPP. Respon pelajar melalui pemerhatian, rakaman video,temubuaf digunakan sebagai maklumbalas hasil pembelajaran pelajar dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran Sejarah. Di samping itu, objektif lain ialah mengetahui penggunaan kaedah llustrasi komik dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap subjek Sejarah serta mengenalpasti penggunaan kaedah ilustrasi komik dapat membantu pelajar untuk mempelajari matapelajaran Sejarah. Proses pengutipan dilakukan secara berperingkat dimana proses pengutipan data dilaksanakan terlebih dahulu mengikut kaedah temubual berstruktur. Hasil temubual mengalami proses koding dan memoing dilakukan sebelum hasil kutipan data pada peringkat seterusnya. Selain 'itu, kaedah pemerhatian dilakukan oleh penyelidik untuk memerhati pola perlakuan pelajar. Pemerhatian juga dilakukan dengan menggunakan borang pemerhatian dan rakaman video untuk memerhati pola perlakuan pelajar. Selain itu, informan juga memberikan pendapat bahawa guru kurang menggunakan dan mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan ilustrasi komik, penyelidik melakukan rakaman video dan hasil dapatan pemerhatian tersebut menunjukkan informan lebih gemar melakukan pembelajaran secara berkumpulan dan seronok untuk menghasilkan idea ilustrasi komik. Majoriti informan berpendapat bahawa kaedah ini memudahkan pelajar untuk memahami subjek Sejarah dengan lebih baik. Implikasi dapatan ini berhubung dengan penilaian penggunaan kaedah komik dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah amat penting untuk guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan efektif supaya pelajar terus meminati dan mencapai kecemerlangan akademik. Dengan menggunakan kaedah ilustrasi komik ini, guru mempelbagaikan teknik dan mutu pengajaran yang bersesuaian berfokuskan tahap kefahaman dan aras pelajar,mewujudkan suasana yang kondusif, menarik dan seronok kepada pelajar yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Ilustrasi komik, Pengajaran sejarah, Motivasi pelajar, Kaedah pengajaran, Pembelajaran berkesan |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Apr 2025 11:32 |
Last Modified: | 07 Apr 2025 12:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43357 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |